9 Aug 2011

Bertunang tu simple, buat apa nak leceh-leceh?

Aku ambik petikan artikel ni daripada SyokKahwin dan originally artikel ni ada kat website YADIM.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Semoga jadi panduan untuk semua khasnya bakal pengantin :)

8 comments:

~ As ~ said...

mas kahwin aku rm100 sajork, tambah duit sikit, beli cincin emas.

waNny said...

saya xde hantaran cuma mas kahwin :)

hantaran lain sama2 nolong ler :D

reena said...

Orang dok bagi ceramah kat i kata tunang/hantaran ni ada dalam Islam. Yang mana satu ni ostajahhhh? Pening suda.

Btw, yang hantaran ni tertakluk untuk hantaran tunang or hantaran kahwin? Ke both?

Joy said...

mas kawin i dulu rm55 aja..pastu tambah $$ beli cincin..pakai sampai skrg ;)

cc said...

reena,
i cari info hukum btunang; ada ulama' kata harus ada yg kata sunat. xde pun yg kata wajib (mmg tak wajib, seingat i masa blaja dulu mmg xde jatuh hukum wajib btunang)

ini yg i jumpa pasal cara tunang mengikut syarak:

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


pasal hantaran tu, ikut adat Melayu boleh jadi 2; duit dan dulang hantaran berisi barang2. dalam Islam, both tak wujud. yg I boleh simpulkan, hantaran hanya diwujudkan oleh adat Melayu, tapi bukan agama. so, kalau takda pun tak apa sebab hantaran (duit dan barang2) hanyalah satu adat. Wallahualam :)

MamaLeeya said...

Dlm adat melayu hantaran yg diminta oleh kuarga permpuan dr kuarga lelaki itulah yg digunakan utk buat kenduri di pihak perempuan....cth..mintak smpi 10K..alasan...barang sekarang mahal...gitu ayatnya....dh tau barang mahal..tk yah le nk kenduri besar2...buat le ikut kemampuan..ni nk bebankan pd phak lelaki...kenapa? Akak pun tk faham... :D

azrinna said...

cc,
Adakah maknanya 'tarikh penting' cc tlh hampir?

cc said...

mamaleeya,
kadang2 orang 'lama' tak tau beza between adat dgn hukum. ada yg anggap adat tu mcm hukum, kalau xbuat bdosa (agaknyalah), sbb tu semua benda kena ikut adat. macam salah besarrrrrr kalau tak ikut. kalau dpt mak bapak yg faham xpe :)


azrinna,
tarikh penting tu apa? haha ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...