22 Aug 2011

Pinggan makan dan pinggan perhiasan

Salah satu sebab aku suka Twitter adalah kerana apa yang aku tweet, kadang-kala dapat bermacam-macam feedback daripada kawan-kawan. Seronok tahu dapat bertukar-tukar idea. Bila dah banyak idea, pandangan ... kau akan sedar tak semua benda yang kau rasa betul tu, betul. Faham? Tak faham sudah :p

Macam pagi ni, aku tweet pasal "Kenapa ada orang suka tayang pinggan dalam almari kaca? Almari tu pulak bukan kat dapur, tapi kat hall."

Secara peribadinya, aku rasa orang yang tayang pinggan ni nak menunjuk-nunjuk. Typical thinking I know! Sebab apa aku fikir camtu? Yelah, kalau bukan sebab nak tayang kat orang kenapa dia letak kat hall kan? Apsal tak letak almari tu kat dapur je. Kenapa mesti almari kaca yang transparent?

Pada aku (lagi), pinggan ni benda yang praktikal. Maksudnya yang perlu diguna tiap-tiap hari. Ada ke manusia yang rajin sangat nak susun-keluar-masuk daripada almari setiap kali lepas digunakan? Aku rasa takda.

Then, friend(s) of mine kata pinggan ni benda seni. Mungkin ada orang suka tayang pinggan sebab nak tayang kesenian pada pinggan tu. Ya, ada kemungkinan di situ.

Ada juga kawan aku yang kata sebab rumah dia kecik, dapur tak cukup space maka pinggan letak kat hall. Logik juga.

Kisah benar seorang makcik kawan aku.
Dia ada sebuah almari kaca yang dipenuhi dengan koleksi pinggan mangkuk berjenama. Satu hari, almari tu runtuh dan hampir menghempap dia. Almari tu runtuh just a few seconds selepas dia lalu. Cuba bayangkan kalau almari tu runtuh dan menghempap dia? Nauzubillah. Habis pecah berderai semua pinggan-pinggan dia dalam almari yang berkenaan.

Anak dia sound, "Itulah mama, ada pinggan banyak-banyak tapi takmau guna. Simpan, buat perhiasan. Pinggan tu zakat pun tidak. Tuhan bagi petunjuk tu." Terus diam mak dia, bila anak cakap gitu. Kau mampu sound emak macam tu? -__-"

Aku still fikir takda sebab kenapa nak tayang pinggan, especially pinggan makan. Lainlah kalau pinggan yang ada lukisan, yang aku boleh nampak seninya. Tapi, aku tak kata orang yang rasa pinggan makan tu suatu seni itu salah. Manusia mentafsir seni dalam cara yang berbeza. Right?

Walau apa pun tujuan 'tayangan' pinggan tersebut, biarlah dengan NIAT yang betul. Jangan sampai ada rasa menunjuk-nunjuk dan riak. Berdosa.


P/S: Aku pernah tanya ustaz, "Apa hukum pakai topi terbalik?" (Awning topi di belakang). Ustaz jawab, "Kufur nikmat. Topi dicipta untuk elakkan panas. Kalau dipakai terbalik, apa gunanya?". Jangan sampai kes pinggan jadi macam kes topi dah la yerr ;)

8 comments:

reena said...

I is tak faham orang yang beli pinggan mangkuk dan Tupperware mahal2 tapi tak guna. Simpan laa sampai pinggan/Tupperware tu rosak. Hish.

cc said...

reena,
kan? beli mahal tp syg nk guna, apakah? baik xyah beli. beli pun mbazir sbb tak pakai.

i beli pinggan tp blm guna lg. tgu ada rmh sndr nanti baru guna hehe. tupperware kat rumah dah selamat buat isi macam2 :D

Zety Zin said...

sama la pendapat kita :)

knv said...

hahahaha! bold entry!

koleksi.. koleksiiiiii!

pesan akak pada makcik tu, jangan simpan pinggan dalam almari kaca. tapi simpanlah dalam almari solid wood yang takde pintu. barulah stabil dan selamat. DAN masih boleh nampak pinggan dari luar rumah.

:D

:D

MamaLeeya said...

kalau letak pinggan plastik 2 hengget dlm gobok kaca tu...apa agknya org akan cakap....hehehe..

beli mahal2 tk guna...pembaziran..membazir tu ikut perangai Syaitonn....

sw33T MOm... said...

i stuju dgn u,
ramai perempuan yg buat gini,
tujuan mestilah nak menunjuk2..
ada yg ikut2 kawan,
nak lawan2 rumah dia pun ada..
riak!!!

orang datang bagi pinggan buruk je..

Joy said...

I ada 2-3 set pinggan mangkuk. tp rotate guna. n kebetulan mmg x de la kabinet kaca..so semua duk dlm kitchen kabinet je ;)

MommyCT said...

Kalau tiap hari lepas makan, basuh, lap kering2 lepas tu simpan balik dlm display cabinet tu yg terletak dihall...fuhhh mmg tabik spring. Even yg begitu rajin lepas basuh terus lap kering dan susun tegak susun baring kat cabinet dapur pun i dah kagum yg teramat.

Obsession yg sgt nenakjubkan bg orang yg tak berapa rajin mcm i ni....dah tengok pun in real..mmg kagum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...