25 Aug 2011

Raya preparation

Korang dah siap prepare apa-apa yang patut? Tahun ni konsep raya aku TAK BERIYA macam tahun lepas . Last year aku beriya beli baju bling-bling, tudung lilit-lilit bagai kan? Mahal nak mamfus tudung Fareeda, koser aku nak beli lagi tahun ni. Nah boleh baca aku ada tulis kat sini and sini.

RAYA CHECKLIST!

1. Baju Raya
Aku beli kain pasang few weeks before puasa. Balik kampung hantar kat Makcik Gila Kentang seperti biasa. Baju raya cum baju kerja. Sekarang nak masuk bulan 8, sehelai baju baru pun aku takda untuk tahun ni. Sadis :P. Hari tu balik kampung sambut puasa, tup-tup baju dah siap. Tapi tahun ni harga baju dah mahal sket. Sehelai dah rm30 compared tahun lepas aku buat rm25. Ehh chop! Harga jadi rm30 sebab ada extra charge rm2 sebab aku mintak makcik tu jahit lipatan kat kain tu. Tapi rm30 still murah la kan? Kat KL ado dapat harga gitu? Kem salam. Kakak-kakak kat office aku ni dah start nak kirim baju kat makcik tu, sebab jahitan beliau kemas dan sedap dipakai.



2. Tudung Raya
Sama konsep macam baju; tudung raya cum tudung kerja. Aku beli kat Bawal Exclusive sajork tudung-tudung tahun nih. Sehelai rm30. Fareeda kaluuu? Tak ke rm130 sehelai? Pitamsss bangun balik pitamsss balik okeh!

3. Kasut Raya
Yilek. Aku akan sarung Crocs snedges wedges aku yang selesa gilos tu dengan semua baju. Tak match kalu, ado aku kesah? Ha ha! PRACTICAL is the key word! ;)

4. Duit Raya
Dah settle tukar. Kirim kat abang aku yang kerja dengan bank rimau tuh. Senang sikit ada cable dalam :P. Masaelah sekarang adalah sampul duit raya. apsal aku pergi shopping tak dapat sampul duit raya? Pergi Jakel hari tu pun dia bagi sebungkus je. Kedekot NM! Bagilah lebih sket kan... sebab beli kain mahal ngaaaaa

5. Biskut raya
Dapat buatkan emak choc chips sebalang and Hazelnut Swirl sebalang #JE. Aku kepenatan menyiapkan order kawan-kawan. Tu baru sikit, cuba bayangkan (berangan) kalau order banyak? Ko mampu nak buat sendiri? -__-". Angan-angan nak buat sekut lain e.g: Chocolate Treasure pun tak sompek. KALAU aku rajin, balik kampung nantilah baru aku buat. Boleh buat kerahan tenaga kat adik aku.

Order dari customer semua dah settle. Alhamdulillah. Tapi order dari kakak-kakak aku, belum aku siapkan especially cheesetart. Agagagagaga. Aku malas okeh nak menekan pastry cheesetart tu. Nak beli yang ready made, rupa tak semenggah. Pastu, entah rangup entah tak.

Ni aku BERANGAN (lagi) balik kerja nak buat chocolate. Homemade and handmade chocolate uols! Kau ado? Tetiba #eksen kah kah kah *pang sedas! Chocolate compound untuk coating banyak extra. So, aku nak habiskan stock. Tengoklah balik ni macam mana. Kalau jadik, bolehlah hulur sebekas kat bakal MIL untuk amik hati ;p

Esok dah nak balik kampung. Yippie!!! Korang balik kampung hari apa? Ada yang tak dapat balik sebab kerja? Tak dapat cuti? Or korang memang takde kampung? :P

Kepada yang memandu (macam aku), marilah kita berhati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan dan patuhilah had laju (cakap kat diri sendiri sebenarnya ni).


Selamat balik kampung!

2 comments:

reena said...

U ada jugak baju baru, tudung baru. I nan hado! Biskut kepek pun order skit tahun ni. Sedih tengok. Tak pa la, ada gak daripada tak dak.

CikJJ said...

best nyer dapat rasa suasana balik kampung....sobbb sobbb...=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...