29 Sep 2011

Bakal Pengantin Perempuan vs Bakal Pengantin Lelaki

Aku BELUM start buat any preparations for my wedding. Yilek. Nada. Belum start buat tu maknanya belum booking apa-apa, belum shopping apa-apa, semua belumlah EXCEPT surveying beberapa benda. Benda yang boleh aku survey guna tetikus. Survey dalam alam maya kan lebih mudah. Tak guna banyak tenaga :P. Survey secara nyata dan mengukur shopping mall, belum lagi. Terlalu awal aku kira.

Awal la jah oii, bertunang belum pun genap sebulan. Kemain excited nak kawen kalau dah start beli atau book apa-apa -__-"

Proses survey ini yang aku rasa mengambil masa paling lama. Survey 1 per 1 kemudian buat short list. Kemudian, timbang tara untuk buat proses pemilihan berdasarkan budget dan bersetujuan bersama ... Betul tak?

Tugas aku survey dan compile. Kemudian buat perbentangan pada si dia. Kau tengok, bukankah mudah jadi bakal pengantin lelaki? Tak perlu pening kepala fikir mahu guna khidmat jurugambar mana, butik andaman siapa, buah tangan apa... Cuma perlu sediakan fulus. Tapi aku kira, sediakan fulus lagi sukar daripada sediakan calon-calon vendors. Lagi pening kepala. Duit tak ada, APTB!

Ada yang tak faham APTB?


Alahai korang ni, betullah............ Apa pun tak boleh! =P

Aku pernah terdetik "Nak kahwin tapi macam aku sorang je yang fikir banyak...". Salah besar apa yang aku fikir tu. Setuju tak kalau aku kata, perempuan rasa dia banyak fikir sebab perempuan ni dilahirkan memang sebegitu? Suka fikir sebesar-besar benda dan sekecil-kecil perkara. Setuju? Contoh: Door gift apa aku nak bagi kat tetamu? Telur? Buah? Gula-gula? Ala tu semua dah biasa orang buat. Aku nak lain dari orang. On the other hand, lelaki takkan fikir sedalam itu. Door gift apa aku nak bagi? Tak kisahlah apa-apa pun, janji ada buah tangan. Boleh rujuk emak untuk khidmat nasihat.

Nampak tidak perbezaan di situ?

Tapi bakal pengantin lelaki ni lagi banyak perkara dia kena dan mesti fikir. Satu, yang macam aku cakap tadi. Duit. Yang kedua, pasal tanggungjawab. Kau ingat senang nak jadi suami? Nak jadi bakal pemimpin negara keluarga? Ilmu dunia dan akhirat kena ada. Suami diibaratkan macam nakhoda kapal, salah labuhkan sauh, salah lawan arus... hancusss kapal. Karam di lautan. Kan? Kita tak nampak apa yang orang lelaki fikirkan. YB sendiri, dia yang aku kenal memang tak suka nak complicated-kan sesuatu especially kalau benda tu dah mudah. Tak payah nak leceh-leceh fikir, kata dia.


Contoh-contoh kat atas ni aku merujuk diri sendiri sebenarnya. Gaya tulis sengaja macam tu sebab nak cover line. Kah kah kah. Ohh BTW, semalam aku baru lepas survey dan mintak quotation dari potential OP (Official Photographer). Hari ni akan compile quotation yang dorang bagi. Aku ada mintak quotation daripada videography jugak, tapi malam tadi bila discuss dengan YB, dia kata tak payah. Ada ke suruh aku pilih salah satu. Mak kuciwa uols, sob sob... (rate videographer sekarang ni mahal jugak rupanya, ya? *gulppp!). Aku bukan apa, teringin nak video sebab confirm aku akan terlepas banyakkkk moment penting ketika majlis berlangsung. Gambar tak boleh bercakap. Video boleh. Aku dah bagi justification kat YB tapi dia suruh pilih jugak. Tak boleh amik 2-2. Kejam ahh >_<

 :: Pengorbanan seorang photog. Dahsyat ehh? :P::

List MUA dah ada, tapi I don't think I will spend too much on make up. KL/Selangor charge make sense lagi, bila luar kawasan mak aihhh mencanak naik harganya. Pffttt. Makin lambat kahwin, makin mahal kau kena bayar. Gila betul.

:: Indahnya ciptaan Tuhan. MashaAllah ::

Survey itu ini, kursus kahwin pun belum pergi. HA HA. Kami plan nak pergi kursus bulan 12 nanti. Plan adalah ambik kursus di KL saja. Kursus kat Johor mahal siot (aku cheapskate :p). Beza rm40 per person. 2 orang dah jadi rm80. Kan banyak boleh save tu. Plus, manalah tahu kan, ada discount untuk staff. Dapatlah kurang lagi. Lol! #dasar

(Pictures googled)

8 comments:

reena said...

Woi nak staff diskaun tak boleh blahhhh okkkkk. LOLLLLLL!

Beb, i dah pernah pi kursus kahwin dah lama gila. Sijil pun entah ke mana. Boleh tak i tak yah amik lagi skali? Malasnya nak kena pi lagi skali. Tskkk.

cc said...

harus la nak diskaun, tu pun kalau ada la kan :p
konsep jimat muahahaha!

sijil kawen tu takdo expiry date setahu i. u amik kat mana? cer try call depa n mtk reissue ur sijil

Alin Marlini said...

pelan-pelan kayuh agar tdk ada yg tercicir nnt..

Puan Saira Azura said...

PHOTOGRAPHER KENE CAS BAPE BEB?AMEK ORG JB EK?

precious innocent said...

adik akak amik dengan kementerian, free. tunggu la sikit hari.. kot-kot ada yang buat free nanti..

-MamaEmma®-

Liz said...

I plak kadang2 rAsa mcm kita je nak kawen.yg laki rilek jee.nk g kursus kawen pon sampai tahap kne ingatkan hari2

swit@kon said...

CC - Jadual Januari dah ada tak?
KL or Putrajaya. Pas kat i bleh?

mak farhah said...

dulu time DPA ada kursus kawen, wajib semua g, y dah kawen depa x join le. buleh bwak bakall wife/hubby lg byar rm10 je utk sijil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...