12 Sep 2011

Cerita dan gambar 1 Syawal 1432H (beserta gambar exclusive di sebalik tabir)

Dah dekat 2 minggu raya baru nak update cerita dan gambar 1 Syawal (aku bukan blogger tegar :p). Tahun ni ada best sikit sebab adik-beradik aku beraya 'homeground' plus adik aku yang diperantauan selama 4 tahun tu dah balik. So, aku ada member bila bergambar untuk kaum single. HA HA.

Seperti biasa, acara wajib tiap-tiap kali raya ialah ambik gambar beramai-ramai. Tapi tahun ni aku tidak bertindak sebagai cik organizer, tidak mesej semua orang begini; "Sila berkumpul pada sekian masa untuk sesi fotografi". Maka kesannya, ada yang tak balik on time ketika sesi fotografi berlangsung.Manja sangat mereka nih! -__-"

:: Posing "1 Syawal" ::

Dalam gambar kat atas ni, kakak #2, kakak #6 dan abang #12 tiada. Kakak #2 masih kat rumah dia, tak tahu apsal balik lambat (macamlah jauh sangat padahal Tangkak sajork). Kakak #6 ada alasan kukuh, rumah dia dilanggar kumpulan Marhaban (rumah pertama) lepas sembahyang raya. So, memang tak boleh nak balik awal. Abang #12 pulak, KERJA! Siannn dia, raya-raya kena kerja.

:: Posing "Merdekaaaaaa" dan "suka hati kaulah nak pose cemana" a.k.a gaya bebas ::

Time ni cucu (saudara) aku belum tiba. So, mana yang bermalam kat rumah and sampai awal je yang sempat masuk dalam ini filim gambar. Cucu aku sampai lepas tengahari. Duit raya aku bagi kat budak-budak dan yang masih bersekolah. Yang dah habis sekolah dengan kat U dah tak masuk dalam senarai layak diberikan duit raya. HUE HUE HUE. Adik aku tu tak sedar diri dah habis belajar, still pow duit raya lagi. Cehhh.

:: Haji Shuk, Jah Mon dan cucu-cucu ::

Setiap kali raya, allocation duit raya aku 10 kali ganda lagi banyak daripada YB. Anak sedara dia 2 orang. Anak sedara aku? Cucu sedara? Sila gandakan dengan 20 -__-". Tapi tak apa, seronok tengok muka sorang-sorang happy time aku hulur sampul duit raya. Sebelum bagi, aku tanya "Haa cakap apa? Mintak maaf dulu, kalau tidak...tak bagi." Keh keh keh. Tahun depan duit raya boleh share dengan YB, pokai biar bersama. Kan sayang? :P

Gambar-gambar di sebalik tabir sesi fotografi (hari raya)...


First time beli fresh flowers sebagai hiasan di pagi raya. Tetiba gedik nak bunga bagai. Rumah Jah Mon tu takda bunga langsung. Kesian OK. Nantilah tahun depan kalau ada rezeki lebih, aku belikan bunga hiasan. Biar berseri sikit rumah tu.



Ni Aimman. Umur dia akhir bulan ni 4 tahun. Tahun ni first time dia puasa and guess what?! Aimman puasa penuh y'all! Anak askar ni memang tough. Macam budak besar je gaya dia. Mudah-mudahan sampai ke besar dia senang disuruh puasa :D. Macam abang dia yang sulung, sekarang umur 7 tahun. Abang aku train dia puasa PENUH sejak umur 4 tahun jugak. Alhamdulillah sampai sekarang masih puasa penuh. Dah biasa agaknya.


Nampak tak kakak aku tengah pangku Sufii? Bulat je kan budak Sufii tu. Macam bola hue hue hue. Akak aku yang nih paed kat Hospital Segamat. Siapa nak paed gomen yang best pergi jumpa dia kat sana. Cari Dr. Intan. Kalau dia tanya macam mana boleh cari dia kat situ, cakap aku tulis pasal dia dalam blog :P


Yang terlebih gumbira (dalam gambar) tu laki Dr. Intan. Beliaulah photographer setiap tahun. Ramai lagi belum bersiap time nih, termasuk la aku. Masih terhegeh-hegeh tenyeh mekap dalam bilik. Standard ahh tiap-tiap tahun memang macam tu. HA HA.


Lama tak tepek muka sendiri dalam blog. Nah sebagai bonus, gambar tuan tanah kedaung. Background pic baju tidur, kau mampu? Kah kah kah. Bila aku twitpic gambar lebih kurang gini, ada yang tanya cincin yang aku pakai tu cincin tunang ke? Adoooo ke cincin tunang batu hitam besar gitu. Agak-agaklah kalau nak speku pun :P

Aku pergi beraya raya pertama petang dan raya ke-3 je. Hari lain melepak kat rumah qada tidur. HA HA. 

Soalan serius: Balik daripada beraya, korang flat tak? Aku flat giler. Kepenatan macam apa. 

2 comments:

CikW4nKemb4ng said...

wahhhhhhhhhhhhh meriah nyer.. suka!!

reena said...

Bedaqnya rumah Haji Syuk & Jah Mon!

Bestnya meriah gila raya u. I? Hmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...