19 Sep 2011

Disonglap

Aku outstation 2 hari, plus 3 hari public holiday. Total 5 days away from the office. Ce teka apa berlaku sekembalinya aku ke office hari ini? Duit aku dalam drawer kena SONGLAP! Licin dengan plastic cover pun lesap. Duit syiling yang aku letak dalam mug kecik dalam drawer yang sama tak nak ambik pulak.

Aku bukan nak menuduh sesiapa tapi access ke bilik aku ni memang mudah untuk orang dalam. Kalau orang luar, dia tau ke aku outstation? Dia tau ke bila aku ada, bila aku takda? Tau ke drawer aku tak berkunci? BERANI ke nak ambik masa selongkar drawer? (sebab bertentang dengan bilik aku ni tempat sorang akak EO).

Lesap few hundreds. 

Aku marah dengan diri sendiri jugak sebenarnya sebab cuai. Tak simpan dalam locker berkunci (bilik aku takde drawer or locker yang berkunci). Dah tau nak outstation, tak mau bawak balik duit. BTW, yang lebih aku kesalkan, duit tu bukan duit aku sebenarnya. Aku dipertanggungjawabkan untuk 'jaga' je. Now dah hilang, kenalah ganti. *sighhh

Marah dengan si pencopet, of course! Berani kau ya?

Nak baca Yaasin, semoga pencopet kepanasan lantas terbuka hati dia untuk pulangkan semula duit orang yang dia ambik tu. Kalau tak mahu pulangkan, semoga kembung perut dia sebab makan daripada hasil duit haram! Aku tak halalkan sesen pun.

6 comments:

kyo said...

memang x bermoral sape yang buat keje curik2 tuh.. org yg makan duit haram biasanya senang x lama.. pastu mesti kena bala... apapun.. semoga org yg mencuri tu insaf dan pulangkan semula duit yg dia curi...

reena said...

Berani btol pencurik tu. Ada masa plak dia nak selongkar bagai. Hishh.

mrs.spicy said...

berani betul buat kerja mcm tu dlm ofis

Liyana said...

Kat J*** ada toyol jugak ka?

cc said...

kyo,
saya biasa tinggal, takda hilang pun. ni xtau apa sapa yg berani sgt. grrrrr


reena,
tulah. tau je org takde


mrs.spicy,
xtau la sapa yg berani sgt


liyana,
ala kak, nama pun manusia. selagi ada nafsu, kat mana2 je boleh jadik T___T

nqr said...

jahatnya!dosa tau mencurik! :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...