8 Sep 2011

Peristiwa 5 Syawal

Perubahan fasa hubungan. Naiktaraf daripada title GF jadi tunang. HE HE.

Plan nak bertunang masa raya memang dah lama dibincangkan antara aku dengan YB. Tapi, plan kami jadi lain lepas family involved. Kalau ikut kitorang, memang nak tunang 'koboi' aje. HA HA. Aku memang tak mahu dulang hantaran ke apa ke time bertunang. Jangan tanya kenapa, memang aku tak suka leceh-leceh. Tapi atas permintaan bakal MIL, kami buat jugak sikit sekadar 'ada-ada'. Dia segan sebenarnya nak datang tangan kosong, bawak cincin semata. Parents aku pulak jenis tak kisah, takda nak ikut adat sangat. Hantar cincin sebentuk aje pun boleh especially Jah Mon. Mak gua rock derr! :D

 
:: ...from YB's side ::

:: ...from my side ::

Hantaran aku DIY je. Konsep hantaran suka hati aku. Kah kah. Orang tanya; "Tema hantaran apa?", aku jawab; "Entah". Takda tema. Aku just agak-agak je matching kan warna bunga dengan warna alas dulang. Belasah aje, asalkan cantik kat mata sendiri sudeh :P

Butterfly hijau tu Awe tolong belikan (Thank's Awe! :D) sebab kedai kawan Jah Mon yang jual barang-barang hantaran tu tak bukak. Penat aku dok mengulang ke sana tiap-tiap hari tapi nan hado jugak bukaknya. Hari Jumaat tu, siap pergi 2 kali. Gigih yang tak membuahkan hasil.

Kek hantaran pun aku buat sendiri. Gigihlah kukus kek sampai nak dekat tengah malam baru siap! -__-"

BTW, aku beli fresh flowers tu dengan harga murah. Lebih murah daripada artificial flowers. Tak percaya? Dapat murah sebab tokey kedai bunga tu dah kenal aku. Dulu masa bizz, asal buat wedding tiers guna fresh flowers, mesti beli bunga daripada dia. Esok-esok time kahwin kalau nak guna fresh flowers lagi, memang boleh kawtim lebih la. Muehehehe.

:: Cincin risik ::

Ni pun permintaan daripada bakal MIL. Nak merisik dulu, baru proceed dengan bertunang. Layankan aje :D. Sarung cincin risik dulu kat dalam bilik. Makcik YB yang sarungkan. 'Majlis bertunang' nak start baru aku disuruh keluar ke ruang tamu. Aku paksa escort aku yang 3 orang tu keluar sekali PLUS jadi tukang angkat dulang hantaran sorang satu. Muahahaha.

Sepatutnya ada 5 orang escort, tapi sorang tak dapat datang sebab demam. Yang lagi sorang pulak, dah datang, tapi terpaksa balik awal sebab ada hal. Maka, tinggallah 3 orang. Tssskkk. 

:: Bekas cincin ::

Haji Shuk terima bekas cincin beserta nilai wang hantaran daripada wakil pihak lelaki, sebagai tanda pinangan diterima. Tergelak-gelak time ni sebab bapak aku boleh buat macam-macam lawak. Ya hamponnn, kau ingat senang nak kontrol ayu bila dengar lawak bapak sendiri? Kang terkemam-kemam tahan gelak lagi huduh rupa aku.T____T.

:: Cincin tunang ::

Cincin tunang, bakal MIL yang sarungkan :D. Lepas tu bincang serba sikit plan kitorang. Family memang takde halangan. Ikutkan bapak aku, dia nak suruh langsung bulan 12 nih. Gilosss -__-". Ayat standard mak-mak, bapak-bapak "Lagi cepat lagi bagus."

Gambar YB memang takdok langsung sebab dia datang hantar family, turunkan dulang hantaran lepas tu zasss dia cabut lepak kat Marrybrown. Dia pergi mencekik sebab lapar, tak sempat breakfast. Kesian :P. Datang balik ke rumah aku lepas semua dah settle. Datang makan je.

Gambar aku ada, tapi takmau tunjuk. HA HA. Gambar tak banyak pun. Adalah beberapa keping untuk kenangan sendiri :). Gambar-gambar adalah hasil tangkapan BIL aku.

Gitulah serba sedikit my so called majlis bertunang. Semua preparation adalah last minute sebab seminggu sebelum majlis baru decide akan ada hantaran. Aku buat apa yang termampu ajelah. Baju YB tu pun beli 2 days before raya. Dia pilih sendiri (tapi aku suruh cari yang matching dengan baju aku. Boleh jadi baju raya kitorang tahun depan ngahaha). Tetiba tak sabar nak tunggu raya tahun depan. Ehhhhh gedikkkk!

12 comments:

Joy said...

tahniah lg sekali...cincin tunang mu sgt lah..WOW..me like ;)

whiteapple said...

Congratulation ^_^

reena said...

Cincin tunang letops uols!

Alaaa buh la pic muka u. Seketul pun jadiklah. Nak tengok muka nebes. Hahaha :p

waNny said...

cantik babe cincin .. congrats !!!!

Madam Bling Bling said...

congrats!!! :D

swit@kon said...

suka!
tapi nak gambar u jugak la adik manis.

:D

jelita78 said...

suke suke suke!!
congrats beb!

wawamagic said...

cikna suh yah g tunang skali, aku risau tgk dia single ha3

cc said...

Joy,
sendiri pilih, YB bayar har har har~


whiteapple,
thank you babe :)


reena,
tak nebes langsung. so takyah letak gambar hahaha :p


wanny,
thank you again :D


madam bling bling,
thanks :)


swit@akon,
err...errr...gambar? i is pemalu nak tepek pic muka sendiri hua hua hua


jelita78,
thank you :D


wawamagic,
ko dah ada BF ke? yah takde cite pon

Puan Saira Azura said...

tahniah beb..selangkah lagik ke dunia aku..huhuhu..

cc said...

zura,
2 langkah babe. ko dah dalam dunia ibu bapa hehe

Cik JaJa said...

woit congrate ;)
diam2 je ko eh hehe
pttla aq jumpe ko kt kdai bunga tmn kota tu,ingt nk tegr tp cm siyes je discuss ngn florist aq tgok je hehe
kawen jgn lupe jemput aq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...