10 Sep 2011

Siapa perlukan Guess, bila dah ada C&K?

...of course not me! ;p

Dulu zaman bergelar student, gila betul dengan handbag Guess. Kalau Guess kat SACC Mall tu buat sale, berdesup aku pergi menjengah. Tak sale pun kadang-kadang terbabas jugak beli. Handbag Guess boleh tahan mahal. Aku sanggup cut off allocation makan ke apa ke semata-mata nak lebihkan ke handbag.

Last aku beli handbag Guess 2 tahun lepas. Terpaksa let go handbag tu sebab too small for me. Lepas tu dah takda beli. Main reason; design handbag Guess sekarang ni, makin lama makin merapu. Serius takda yang aku berkenan. Design tak lawa satu hal, berat satu hal. Berat tu sebenarnya daripada dulu, tapi dulu design boleh diterima akal lagi. Maka, walaupun berat gigih jugak dikepit :p

Sekarang tidak lagi! Lepas Charles & Keith masuk pasaran Malaysia, aku memang dah tak pandang Guess langsung. HA HA. Dah lama usya handbags kat C&K, tapi tak pernah beli. Reason: Azam baru iaitu beli handbag setahun SATU je. Maka disebabkan tak dapat handbag merah idaman hati chap LC untuk raya hari tu, aku beli handbag C&K sebagai galang ganti.

Alasan kukuh beli adalah untuk dibuat handbag ke kantor. Aku beli handbag mesti kena ada justifikasi (walaupun untuk diri sendiri) kalau kaya boleh beli Chanel Flap semua warna so that tak rasa membazir. Beli tapi tak pakai buat apa kan? ;p

Maka spesifikasi handbag adalah: kelihatan agak formal, berwarna hitam (semestinya!) dan size yang sesuai dengan aku. Berkenan gila dengan satu handbag C&K masa pergi The Curve before raya hari tu. Belek punya belek, letak balik dengan alasan takpa la, nanti-nanti boleh beli (padahal hati dah berkenan ni). Sampai rumah dok terbayang-bayang handbag, nyesal tak beli tsskkk T___T

Try pergi C&K kat Mid Valley, handbag idaman yilek. Hampa. Semalam, pergi C&K The Curve semula semata-mata nak beli handbag tu, sekali tu TAK ADAAAAA. Aaaaaaaa double menyesal! Hampa sekali lagi :(. Hampir-hampir nak beli handbag lain sebab yang dihajatkan tu takde kan, tapi sib baiklah bawak Penasihat Kewangan, dia cakap "Tak nak carik kat tempat lain dulu? Mana tau ada, kang nyesal sebab dah beli lain." Maka gigihlah kami ke Empire, Subang. Tak terfikir nak pergi OU padahal kat situ ada C&K jugak.

Usaha tangga kejayaan! Kegigihan membuahkan hasil. Bag idaman hati ada di C&K Empire!!! *joget joget goyang kepala* :D :D :D

(adik-adik yang masih belajar, ingat pesan akak ni OK? Usaha tangga kejayaan. Kena gigih berusaha baca buku, buat homework, buat revision baru boleh dapat result bagus. Ingat tu ;p) *tetiba*

:: Bau kedai hak hak ::

Tanpa berlengah lagi, terus beli. Benda pertama yang YB tengok bila aku capai beg ni ialah price tag. Lepas tengok harga tak sampai 200 pun, dia cakap, "OK cantik. Beli." Sebab murah terus jadi cantik. Terus bagi kebenaran beli. Cer Guess? Nampak price tag 400, 500 confirm jawapan dia "Tak cantik." Dah tau sangat!


This bag perfectly match dengan spec yang dah aku tetapkan. Formal. Hitam. Size yang sesuai dan yang paling penting adalah MURAH. Boleh jadi hand carry and shoulder bag. So, kalau nak feeling ala mak datin, bolehlah hand carry. Kepit kat siku. Kelasss kau Maria! Kekeke ;p

Terus pakai tanpa berlengah lagi. 1st day masuk office lepas cuti raya, bawak handbag baru. Aaaaahhh, barulah semangat lebih (sikit) kan? ;D

9 comments:

Joy said...

Ohh azam baru awal thn hr tu , beli satu bag je utk setahun. Dah beli satu , now nak sgt masuk thn 2012!! Hihihi

reena said...

Beb, from my own experience, beg C&K tak sesuai buat lenjan i ofis hari2. Tak tahan. Tak sampai setahun, dah koyak/kulit bag meggelupas. Tak tau la i ke yang tak pandai jaga atau apa kan. Tapi memang cantik dan murah. Boleh la nak buat tukaq2 skali skala. I ada berkenan gak 1 color coklat. Tapi tak beli bila teringat beg last yang dah tak cun tu.

reena said...

*pi ofis

Liyana said...

I bw C&K gak gi kantor. Dah try a few. Ada material yg tahan, tapi mmg ada yg menggelupas tu, ikut jenis. Yg I buat lenjan campak2 ofis-dlm kereta tu dah 2 thn ok aje. Hubby if gi s'pore mmg belikan c&k, sana murah sgt & design lagi latest.Dia belikan C&K tapi if nak designer bags, korek la tabung sendiri. Tapi LC mmg lasak, puas hati.. teruskan usaha ek ;)

~ As ~ said...

aku kalau beli hbag pun mesti ada spesifikasi, cth : warna, bentuk dan kegunaan. Barulah memang memakai tak menyesal membeli ehehehe...
dengan moto yg sama, setahun SATU. Insyallah...

ella said...

Aah btul ckp reena. Kitorg beli handbag yg sama aritu, n kalo betul la dia maksudkan henbeg yg sama, ya mmg henbeg tu dah mengelupas teruk dah.. Mebe la i pakai terlalu lasak jugak..

Anyway, design c&k mmg lawo2 dan harganya yg below 200 tu yg membuatkan kita hilang pertimbangan. Haha! Beg dia selalu x byk, dlm 3-4 bijik je kot (mengikut kata SA). C&k empire selalu ada stok sbb lg kurg org gi kot. Tp midveli kalu mmg paling laris la, apa2 bende pon. Tensi!

reena said...

ella: Beg yg tu lah. Hehe.

cc said...

joy,
azam yang bagus utk poket kan? selamat berjaya! :D


reena,
mari tunggu dan lihat i punya ni blh tahan lama ke dak hehe


liyana,
trimasss.
cnk sy ni kelihatan tahan lasak, tapi tk tahulah. kita tgk berapa lama dia boleh tahan :D


as,
mari join kelab setahun 1 handbag ;)


ella,
hri tu pegi mmg ada kenan few designs. sib baik kuat iman (walaupun nyaris2 nak rembat yang lain). harga below 200 takdalah ralat sgt nak membeli plus xde la syg sgt nak melenjan hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy dah keje kat kerteh so cuma dapat C&K online saja lah
tapi itupun sold out je yang mana berkenan
aduii...tunggu nak balik KL gi C&K KLCC memang susah la bos nak bagi cuti

betul-betul jadi gila bila C&K dah masuk Malaysia
anyway, beg u serius lawa <3
i pun telah terjatuh cinta nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...