22 Nov 2011

DIY Majlis Kahwin

(Mood kahwin)

Aku terinspirasi oleh mantan dan bakal-bakal B2B di luar sana yang banyak DIY untuk wedding mereka. Stress tengok hasil kerja tangan orang berseni, jeles apsal diri sendiri keras tangan? T___T

Dari menjahit manik kat veil sendiri, buat wedding card sendiri, pelamin ilham sendiri, hias bilik tidur sendiri, doorgift siapkan sendiri, hantaran gubah sendiri, iskkk banyaklah kalau nak list. Kagummm!

Makanya, akibat dan kesan daripada terinspirasi aku telah mengambil keputusan untuk DIY wedding aku. Tiada khidmat vendor akan digunakan KECUALI untuk make-up, khemah dan photographer. MUA dah book. Khemah masih dalam pencarian (dah ada few names tinggal nak compare harga). Photographer dah book (tapi belum bayar deposit, lusa gaji masuk baru bayar). Dasar pengantin sengkek! KAH KAH KAH.

Sengkek. Yup that's why aku akan DIY most of the things untuk wedding aku. Bajet ciput, tapi selera gajah. Apa lagi mahu kata? #pengakuanjujur

Bab makanan kenduri aku tak perlu pusing kepala. Menu apa, berapa banyak nak masak, dll. itu Jah Mon yang akan uruskan. Dia dah biasa, 11 weddings dia dah uruskan. apa ada hal? Hihi. Kenduri kat rumah aku masih mengamalkan tradisi  'rewang' dan tukang masak ialah chef-chef kat kampung.

Maka yang tidak aku list-kan di perenggan 3 tadi, bakal di Do It Yourself (Myself). I'm proud to say that I'M MY OWN WEDDING PLANNER.


P/S: Bridezilla (to be) macam aku ni manalah boleh hire orang :P

5 comments:

reena said...

Yeayyy ada geng! :D

Sekarang memang banyak je orang buat DIY. Untuk kepuasan & jimat. I sekarang, kalau nak beli apa2, mesti i tanya balik diri sendiri,"akan guna balik tak lepas kahwin". I make sure anything yang i beli, i boleh guna balik.

knv said...

salam dik.

selamat berDIY. akak doakan kamu akan melangkah ke gerbang perkahwinan dengan langkah kanan dan penuh kebahagian.

:D

waNny said...

nak buat DIY kene ready awal plis

i DIY doorgift utk akad and reception setahun weiii -___-

tapi memang seronok la :D hehehe

puass puasssssssssssssssssssss

lailasani said...

selamat dik...
kena start awal2 kalau DIY... hehehehe

nini said...

diy tpi puas hati....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...