25 Nov 2011

Random babbles about wedding

Kalau ikut kepala aku, wedding aku nanti kenduri doa selamat aje. Pasang khemah, panggil orang datang makan. Dah settle. Tapi, kahwin bukan melibatkan aku sorang aje, maka angan-angan tinggal angan-angan. HA HA. Aku pernah suarakan hasrat nak buat wedding macam tu pada Jah Mon, tapi dia kata “Takkan la tak jemput orang kampung? Nanti apa orang kampung kata?”. Being seorang anak yang pandai menjawab, “Takut orang kampung mengata? Padahal agama takde suruh pun buat gitu, buat gini. Yang wajib apa je?” YA, jawapan agak mementingkan diri di situ... T___T

So, disebabkan tak mahu jadi anak derhaka, aku ikutkan jugak plan Jah Mon. Buat wedding a.k.a kenduri kahwin macam ‘biasa’. Alaaa kenduri kahwin yang ada khemah banyak. Panggil ramai orang. Ada pelamin. Ada sanding. Ada merenjis. Ada potong kek. Ada meja makan beradap. (the list goes on...)

Wedding aku nanti tiada pelamin. Well, aku tak tahulah apa yang aku akan buat nanti layak dipanggil pelamin atau tidak. Props lebih sesuai, kot? Props untuk bergambar kenang-kenangan. So expect no pelamin grand ke apa, no sanding, no merenjis what so ever during my wedding nanti (kepada sesiapa yang dijemput hehe). Plus, it might be no wedding cake too! As future husband (ehh, geli pulak panggil YB camtu haha!) kata “upacara potong kek” tu tiru budaya orang kafir. Tak perlu buat dan tak perlu ikut. Baik boss :D

Tadi aku tweet pasal benda ni, Kak Jua bagi idea supaya potong kek malam. Time bukak hadiah and berkumpul adik-beradik je. Menarik kan idea tu? Yelah, untuk majlis aku nanti dorang jugak yang akan berpenat sekali. Dah la nanti menu untuk meja beradap dorang yang akan masak. So sebagai upah, kita jamu dengan kek sedap untuk depa LOL!

Aku tahu Jah Mon dia macam tak percaya aku kata tak mahu pelamin, tak mahu bunga pahar, tak mahu itu, tak mahu ini. Dia takut orang mengata wedding anak dia kot? ADA AKU KESAH orang nak mengata ke apa? Macamlah orang yang mengata tu hulur duit nak demand aku buat itu ini. Pffttt. Mentaliti orang kita, bila kita tak buat sesuatu yang dah kebiasaannya dibuat, benda tu jadi pelik. Janggal. Padahal, belum tentu benda “kebiasaan” tu betul untuk dibuat.

Aku punya semangat ke-DIY-an konon-kononnya nak bake muffin or chocolate cupcake untuk doorgift. Tapi, dah kalau doorgift emak aku je 1,000 mana larat aku nak buat T_______T. Kena rasional la, mana aku ada masa nak menghadap oven sehari suntuk. Kang tiba hari kawen, mata jadi mata panda. Ohh, tak rela mak! So, kalau buat pun maybe aku buat dalam kuantiti yang kecil. 200 pieces most probably (untuk kawan-kawan aku je :p).

Pasal guest list, aku belum kira dengan betul jumlah kawan-kawan yang akan diberikan kad. 200 tu anggaran kasar. Tengoklah nanti terkurang ke terlebih. Tapi, kalau 200 guest, dah jadi lebih kurang 400 jugak tu. Kita anggap semua yang dijemput tu bawak pasangan masing-masing. Kalau rajin weekend ni aku buat guest list. KALAU... ha ha :p

Ohh pasal kek, aku nak order kek paling sedap daripada akak yang mengajar aku deko cupcake dulu. Kenalah order kek paling sedap sebab sendiri yang nak makan. KAH KAH KAH.

Confirm kepenatan nanti sebab majlis belah aku and majlis belah YB back to back. Takda gap seminggu. Jah Mon yang request sebab kalau ada gap, nanti adik-beradik aku dah tak boleh attend. Al-maklum keluarga cheq besaqqq.

P/S: Jangan tegur kenapa aku rajin update blog

3 comments:

yaNa MaLeK said...

Macamlah orang yang mengata tu hulur duit nak demand aku buat itu ini. Pffttt. <--- sokong ngn ayat ni.. org lain bising je lebih n demand macam2.. so bye2 la.. heheh

Kisah Hati said...

cik kak, setuju sangat dengan your entry ni.

kita serupa le. my wedding oso got no pelamin, no bersanding, no merenjis. mungkin nak buat props untuk bergambar je itu pun diy. malah untuk buah tangan tetamu je acik akan gunakan beg kertas goreng pisang tu je dan dilawakan. sebab??? at last orang akan buang jugak kalau bagi beg kertas mahal pun. lagipun beg kertas yang dijual tu pun kualiti sangat hazab... gam tak melekat kuat. lagipun kalau beli beg kertas mahal, bajet acik untuk isi kat dalam dah berkurangan. so lebih baik kita lebihkan isi daripada luarannya.

at 1st mak acik nak buat kenduri kat dewan, kendian dia cakap macam tak berbaloi sebab bukan jemput ramai orang. ramai tak ramai pun dekat 800 gak +- so acik agak suka jugak buat kat dewan sebab tak payah buat bilik perantin. tapi yang tak best sebab kat rumah tu tak pernah buat kenduri kawin lagi... so nak le ada aura kenduri.

yang grand our majlis hanyalah pada majlis nikah which is 30 hari dari sekarang. kenduri bulan 2 tahun depan hehehe....

biar le apa orang nak kata tentang majlis acik, bukan derang yang bagi duit nak buat itu ini.

Yantie said...

memang kena pekakkan telinga je..tak payah dengar sangat pendapat orang yang tak menghulur duit tapi sibuk nak mengata je.
masa aku dulu pun aku buat ikut kemampuan dan ssesimple yang boleh.hantaran semua DIY je. pelamin tu pun sebab makcik aku mak andam. sponsor takpe jugak. bayar wey. kalau tak ambik dicanang pulak sekampung.;)

anyway..semoga berjaya melaksanakan majlis perkahwinan nanti ye..eh belah YB ada buat tak? aku boleh la pilih pergi belah YB..aci kan? haha..

bulan berapa eh majlisnya? kalau time aku sarat2 tak dapek la agaknya aku memeriahkan majlis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...