21 Nov 2011

Resepi Spaghetti Bolognese (versi jimat dan mudah)

Dulu dah pernah tepek resepi, tapi bila aku kelebet semula resepi itu, ada beberapa bahan yang dah aku ubah. Resepi ni lagi senang dan menjimatkan.

Resepi lama boleh tengok kat SINI




Bahan untuk sos:
Bawang besar 1 biji - didadu
Bawang putih 2 ulas - dicincang
2 sudu besar chili paste - cili kering yang diblend tu (kalau nak lagi pedas silalah tambah ikut tekak Melayu anda. Kalau tak nak pedas langsung, original recipe from Italiano tak payah la bubuh chili paste. Jangan sesekali guna cili boh - tak sedap langsung)
400gm mince meat (aku guna brand Ramly)
1 batang carrot (size kecil) - didadu
1 tin cendawan butang
1 biji tomato - didadu
1 botol original tomato paste (aku guna brand Prego). Kalau beli sos yang dah siap, mahal around rm10, yang tomato paste ni rm5 sahaja.
Garam
Black pepper
Herb: oregano & sweet basil

Cara-cara:
  1. Tumis bawang hingga layu dan naik bau. 
  2. Masukkan chili paste, kacau.
  3. Masukkan mince meat dan carrot. Tutup (biar daging keluarkan air dan masak dengan cepat). Kalau guna mince meat Ramly yang baru ni, daging dia tak hancur. Jadi berketul-ketul besar. Rasa macam makan meatballs. Aku suka :P
  4. Lepas lebih kurang 5 minit, bukak penutup dan masukkan cendawan butang. Masukkan tomato paste dan 1/2 tin air. Biarkan merenih sampai kurang air dan sos jadi pekat. 
  5. Masukkan tomato
  6. Masukkan garam, black pepper dan oregano dan basil flakes. Kalau guna original tomato paste, WAJIB kena ada 2 herbs ni, kalau tak... tak rasa ke-bolognese-annya. Kalau ada parsley, bolehlah taburkan sebagai hiasan dan penambah bau. Bon appetite!

P/S: Aku guna angel's hair, lebih halus dan cepat masak berbanding spaghetti. Rasa sama je.

P/S/S: Sebagai penggemar spaghetti bolognese tegar, pada pendapat aku guna original tomato paste adalah lebih sedap berbanding ready made. Tak percaya, sila cuba ;)

2 comments:

Miss Aai said...

Kena cuba ni!kelihatan mudah dan sodap!hehe

cc said...

sila cuba babe!
blh mkn 1 family. kalau beli, harga sepinggan dah blh dpt bahan2 utk masak. selamat memasak :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...