29 Nov 2011

Sedarlah diri sikit wahai Ahkak Ogee

Kelas kan retis kat Meleisia ni? Sikit-sikit saman. Sikit-sikit saman. Aku ingat kes saman-menyaman orang ni zaman dahulu kala je. Rupanya sekarang pun masih giat dilakukan. 'Budaya' saman-menyaman ni start masa zaman Mek Azwana saman Ahkak Ogee tula kan? Mek Azwana kata Ahkak Ogee malukan dia dalam Melodi (kes tak dapat kawen dengan Jiana Jeng). Frust menonggeng Mek Azwana bila Kak Jiana menikah sama Avang Armin. Oppsss..!!!

Keputusan kes saman malu? Mek Azwana kalah. Mek Azwana 0. Ahkak Ogee 1.

Tup-tup sekarang, Ahkak Ogee pulak dengar khabarnya nak saman JohanRL. Kononnya JohanRL menghina dan memperlekehkan dia sebagai 'senior' atau 'orang lama' dalam industri, masa sama-sama mengendalikan FFM minggu lepas.

Aku tak tengok sangat FFM malam tu, sebabnya tak berkenan Ahkak Ogee jadi pengacara. Sorry lerr kak, you're not my taste! Koserr sangatlah nak tengok Ahkak menggeletis macam ulat nangka kena siram air panas (Nak saman aku tulis gini? Silakan HA HA!)

Aku punya hypothesis berkenaan isu ini:

  1. Ahkak Ogee sengaja create kontrolvesi sebab sedar diri dia dah suam-suam kuku dalam industri. @LinGhazale kata Ahkak Ogee lonely. LOL! 
  2. Ahkak Ogee nak keluar dengan projek baru, so kontrolvesi begini membantu promosi.
  3. Ahkak Ogee takda projek baru maka dengan menyaman orang adalah jalan paling mudah nak dapat duit. Kot-kot menang kes macam Lisda, merasa durian runtuh RM50k!


Korang ada hypothesis tak?

Ahkak Ogee nak saman JohanRL sebab kononnya maruah dia tercemar di atas kata-kata JohanRL yang memperlekehkan dan tak menghormati beliau. Gurauan JohanRL dikatakan melampau sampai beliau merasa terhina.

Choppp!

Apa perasaan Emang Manang, duda Ahkak Ogee setiap kali Ahkak Ogee mempersendakan si dudanya itu? Ada dia fikir kot duda dia tak suka ke merasa terhina ke...kannn? Asal keluar TV je mesti nak sebut pasal Emang. Naik jelak dengar benda yang sama berpuluh-puluh kali. Ala-ala gurauan recycle la lebih kurang.


P/S: Kau bergurau boleh, orang lain bergurau tak boleh pulak? Tak sedar diri lettew!

1 comment:

Penoreh Getah said...

huih...dasat nye N3 ari ni....menggeletis ek...tpi akak pun perasan....kalau sebut avang emang je..mesti mcm nk cerita kisah dlm kelambu dia dulu2...siap ada cam cakaran harimauuuu lagi./.Aummmm...gittew!!!..ada 1 segmen apa tah...dia ada buat gitu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...