9 Nov 2011

Tentang doorgift (buahtangan)

Aku tengah finalize idea untuk doorgift kahwin nanti. Kriteria utama adalah PRAKTIKAL. Aku nak bagi makanan (apa-apa ajelah benda yang boleh dimakan) sebagai doorgift. Makanan yang confirm orang tak buang.

Kriteria ke-2, benda itu aku boleh DIY. Konsep kahwin aku banyak DIY kalau korang nak tahu. Tak mahu tahu pun tak apa, tak penting. Aku ni jenis cerewet orangnya. Maka, tidak menaruh banyak kepercayaan terhadap orang lain. Sebab itu, nak tak nak, kena buat sendiri. Biarlah aku yang pening daripada orang lain yang pening :P

Sebab utama aku nak bagi makanan, supaya orang boleh makan (duh?). Maksud aku, tak dibazirkan atau dibuang. Aku tak faham konsep buahtangan seperti sudu garfu kecil, mug kecil dan sabun wangi. Like, seriously? Apakah kegunaan mereka? Sudu garfu kecil = majority tetamu kerdil atau kanak-kanak? Mug kecil = untuk minum Per'l Kacip Fatimah? (Bancuh banyak air tak sedap tak pekat). Sabun wangi = cuci tangan lepas makan, cuci ketiak or segala macam lagi tugasan biasa si sabun. 

Pasal mug. Kalau aku yang dapat mug kecil tu, aku letak je biar macam tu. Takda significant aku nak simpan. Nak jadikan perhiasan, aku rasa semak. Last-last, terbiar ajelah. Nampak tidak, membazir di situ? Lagi satu kalau mug besar. Oklah tu bagus bagi mug kat tetamu. Orang boleh pakai untuk minum. TAPIIIIII, mug printed dengan muka kau dengan suami/isteri kau. Tolonglah!

T_____T

Aaaaaaa, sesungguhnya aku tak faham konsep! 

Aku fahamlah orang kahwin ni excited nak buat macam-macam untuk hari penting dalam hidup. Kata, kahwin sekali seumur hidup. Ye tak? Nak tinggalkan sebanyak mana kenangan yang boleh masa hari kahwin. Sebab tu bagi doorgift kat tetamu pun yang boleh meninggalkan kenangan. Tampallah muka kat mug diiringi nama pengantin lelaki dan perempuan beserta ucapan "terima kasih", tanda ingat-ingatan kepada tetamu sebagai bukti hadir ke majlis perkahwinan mereka. 

Kalau aku celik mata pagi-pagi, nak minum air panas tak mahu aku capai mug bermuka orang. Ngeri. HA HA. Tu untung kalau letak mug tersebut kat dapur, guna untuk minum. Kalau letak bawah katil? Dah membazir...sebab orang tak guna.

Printed mug ni boleh juga buat letak stationary. Tapi, ada ke orang nak letak mug bermuka pengantin kat tempat peribadi @ workstation? I don't think so! Kalau ada, sila bagitahu bagi membuktikan teori aku salah :P

9 comments:

reena said...

HAhaha! Ngeri ok tengok mug ada muka orang (dan jantan) lain.

Mak i bagi mug jugak masa kakak i kahwin. Tapi mug kosong je. Import dari Johor lagi. Hehe. Mak i cakap kawan2 dia kat ofis semua pakai. Ye la mug besar tapi kosong.

whiteapple said...

bagi je cekelat (gula-gula) kopiko (+ kerepek or buah) ubat mengantuk waktu drive or dlm klas ;p, btw, idea makanan mmg xmenbazir dr bg benda yg dok buat perhiasan ja, lama2 sampai semak almari hiasan. hehe. goodluck on ur d.i.y ok ^_^

whiteapple said...
This comment has been removed by the author.
swit@kon said...

makanan la. senang! habis. one-off

linahilmin said...

saya masih berjiwa tradisi; i vote for bunga telur! :p
nasi minyak + sirap sejuk + bunga telur = kenduri!

Ajuhanif said...

Salam.
Jujurnya, aku tak pandang mug sebagai pilihan yang bijak; economy wise and praticality.

Thus, why not doing what you do best; cupcake.

Wei, beriban nak buat, larat ke aku - then go by VVIP ja lah.

cadangan lain?
Personalised pen (weird kan? but why not?)
Cermin make-up (dah mula jadi trend sekarang)
ok?

cikTari said...

Bagi makanan lebih praktikal sebab orang akan makan. Kalau orang yang dapat tu tak makan pun, tetap dia akan bagi kat orang lain untuk makan.

Masa saya kahwin hari tu, bagi muffin & kismis. Letak dalam uncang. Bukan kanak-kanak je suka, orang tua pun suka.

Penoreh Getah said...

sgt2 setuju....bagi makanan pun yg kompem org akan cakap..sedap......
tapi 1 lagi konsep yg akak pun tk paham....suka beno buh jajan....jeli..gula2...ntah hapa2....
mmg budak2 suka..tp make sure la ada tanda halalnya...ini main beliii je....tk de perasaan peka langsung...tk sukaaaa

Kisah Hati said...

setuju sangat bagi makanan... even for myself punya majlis nanti insyaallah nak bagi kerepek, bahulu & mandarin orange sebab masa tu masih lagi dalam musim CNY hehehe...

plan nak bagi telur, tapi nanti nak buat bunganya je pun dah mahal... koser sangat membazir benda yang bukan-bukan...

tapi untuk nikah dah get ready bagi surah yaasin, diy potpourri dan cookies... kalau rajin dan ada kesempatan nak tambah lagi potpourri tu untuk bagi masa tahlil sebelum majlis kenduri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...