22 Dec 2011

Kahwin Khamis: Special request

Kalau kat blog Cik Kak ittew ada "wedding wednesday", aku nak buat "kahwin khamis" pulak.
Kahhhhh JK! #NG :p

Last week aku balik kampung, attend wedding my BFF. First time aku pergi wedding member 2 hari berturut-turut. Nikah pergi, sanding pun pergi. Tapi sanding aku pergi lambat. Aku plan nak pergi pukul 12, tapi menunggu si YB sampai jadi lambat. Pukul 2 lebih baru sampai rumah pengantin. Pengantin dah siap bersanding pon T___T

Ohh cerita wedding kawan aku nanti aku cerita kat entry lain. Tak syiok cerita tanpa gambar. Gambar belum edit. Sekarang malas dowh nak edit gambar. Dulu pantang ada gambar baru, laju je transfer kat laptop. Edit itu ini, zasss aku upload. Adakah ini sindrom nak menua? (root word: TUA)

Jah Mon suruh aku nikah kat rumah. Eh jap, dia takdalah suruh tapi gaya cakap tu macam nak buat kat rumah. Aku insist nak nikah kat masjid. The main reason adalah sebab rumah aku ramai orang. Ramai budak, nanti bising. Kau boleh nak kontrol budak-budak, umur bawah 10 tahun lebih kurang dalam 20 orang? Boleeeeehhh?

Maka, masjid adalah tempat yang paling afdhal. Biar sunyi dan tak ramai orang. Tenang sikit bakal laki aku nak shake hand dengan Pak Imam.

Plus, kakak-kakak ramai yang nikah kat masjid. Mana aci bila sampai turn aku, nak buat kat rumah pulak. Aku reformasi-kan nanti! :p

TAPI... (ohh tidak ada tapi!)

Andai kata aku period time nak nikah tu, terpaksalah buat kat rumah. Hmmpphhh.

Ohh lagi satu, aku nak nikah kat masjid sebab nanti pengantin perempuan boleh tengok proses ijab dan qabul. Kalau buat kat rumah, pengantin perempuan kena sorok dalam bilik. Rugi wooo kalau terlepas moment penting tu (pada akulah ya? Pendapat masing-masing).

Aku tak sure whether kat Johor aje yang bakal pengantin perempuannya mesti disorokkan dalam bilik, or kat negeri-negeri lain pun sama. Tapi kawan-kawan aku yang kawen kat Johor macam tu. Dah siap nikah baru boleh keluar bilik. Wajib ke haa macam nih? (Aku patut tanya soalan ni kat bangunan sebelah?)

Ohh lagi satu, aku nak buat satu special request kat Pak Imam TAK MAHU baca Keluarga Sakinah punya ucapan ke apa tu. Ala, yang mak ayah kena baca ayat yang dah disediakan tu. Macam sesi penyerahan tanggungjawab gitu. Confirm aku nanges nanti and I don't want to ruin my make up (pang sedas!) dan yang paling utama, nikah kenalah happy, buat apa nak sedih-sedih?

Kalau aku nanges ghope ini, comel la jugak. Khennn? Suami tengok terus confirm nak peluk eh nak pujuk. Kau sampai hati tengok muka comel macam ni menangih?

Taaaaappiiiiiii...

Kalau ghope ini chomel kewww?
Elok-elok tadi tak nanges, suami tengok cantek. Lepas nanges tak pepasal suami cakap kat Pak Imam "Tok, saya kensel la kawen dengan dia. Buruk sangat ghope dia ni Tok..."
Ohh sadis sekali~

Kalau nak mintak ampun, mintak maaf dengan emak and abah boleh buat belakang tabir tanpa perlu ditunjuk kat orang lain. Aku rasa tu lagi afdhal. Kau nak nanges sebaldi air mata pun takpe.

Again, pendapat aku. Kau tak setuju itu kau punya pasal :p

YB kata "Nyampah haku dengar tak nak rosakkan mekap!"
Ehhhh habis tu, nak biar mekap aku rosak? Kang sesia aku bayar memahal :P
Dia memang sukalah kan, kang aku nanges aku yang malu. Tssskkk.

Kim K pun huduh time nanges!
Haku kaluuu?
Takyah la imejin 
T_________T

2 comments:

reena said...

HAhahahaha ngekssss!

I pnh baca, ada tok kadi prefer buat BUKAN di surau/masjid. Sebab takut ada yang uzur dan tak tutup aurat edngan sempurna, lalu x mahu tanggung dosa. Lebih kurang gitu la.

P/S: Comel gila budak 1st yang nangis tu!

mrs.ecam said...

kt kg aku plak tok imam mmg prefer nikah kt surau/masjid sbb tkot de org nk buat pape kt bakal mantin klu nikah kt umh...tok imam ckp die dh bnyk pngalaman bile mantin nikah kt umh mantin laki x leh nk akad...molot kelu ke ape ntah...rerupenyer de org nk test ilmu itam...uiii tkot...adk aku nikah time die uzur...so die xleh msk mesjid...die kne ddk kt beranda mesjid tu je...heeeeeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...