1 Dec 2011

Resepi Muffin Coklat Kukus (Steamed Chocolate Muffin Recipe)

Semalam malam malam petang kat Twitter, Kak Has dok tanya aku pasal muffin coklat kukus. Elok tengah berborak, aku pulak yang terjebak buat muffin sekali. Kau tengok betapa besar pengaruh rakan-rakan Twitter. Hi hi :p #tahitwitter


Resepi asal adalah daripada Chef Hanieliza. Boleh kelebet fotopages beliau untuk resepi original. Tapi yang aku buat semalam, resepi telah aku altered bersesuaian dengan tekak dan bahan yang ada kat rumah.

THIS RECIPE IS A KEEPER! Why? Senang gilerrr nak buat sebab tak perlu guna mixer bagai. Prep time around 20 minutes, masak dalam pengukus tak sampai 10 minit. Tak guna telur pulak tu. So, tiada bau hanyir dan bolehlah feeling-feeling jadi vegetarian sekejaps. HA HA.

Plus, it is not too sweet just nice for my liking and the texture adalah sangat gebu. Yumsss!

Bahan-bahan:
Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 cawan gula perang
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bicarbonat (Note after first trial: you might want to reduce it to 1 tea spoon only sebab terasa pahit soda bila letak 2 sudu)
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
1 cawan susu segar
1 cawan air panas
1 cawan mentega cair <-- aku tak suka pakai minyak
1 sudu teh vanilla essence
1/2 sudu teh nescafe

Cara-cara:
  1. Panaskan pengukus sementara nak sediakan bahan-bahan.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, soda bic dan garam.
  3. Masukkan gula dan sebatikan dengan Bahan A yang lain.
  4. Campurkan kesemua bahan B kemudian tuangkan ke dalam Bahan A.
  5. Gaul sebati (aku guna whisk)
  6. Masukkan dalam cup, kukus selama lebih kurang 10 minit ataupun sampai masak.

Senangkan? Sekelipan mata je siap. He he. Aku guna cupcake cup size 3 1/4 oz (L size cupcake) tu dapat 20 bijik. Kalau buat cup kecik-kecik tu dapat banyaklah. Makan petang-petang time hujan, sparing kan dengan Teh Tarik ke Teh-O ke (aku minum nescafe je :p), tak sedar dah ngap 3-4 ketul.

Selamat mencuba! ;D


P/S: Jangan lupa baca Bismillah masa mula-mula nak start enjin kat dapur #petuaJahMon

1 comment:

Joy said...

nanti nak try lagi sampai jadi gebus mcm urs.. tp sblm tu nak cari cupcake size yg btul..hari tu taruk dlm bekas pai :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...