10 Jan 2012

Mementang la minggu lepas 'boss' aku ada isu panas, jahat ya kau nak mengenakan kami?


Scammer mana entah yang nak curi maklumat dari trmpat kerja aku ni. Ayat dalam email dah la tunggang langgang. Direct translation kaedahnya. "You will have to update..." jadi "anda akan perlu untuk mengemas kini...", 'will' kan 'akan' uols. Gittew!

Boleh tetiba dalam ayat ada perkataan "hadiah" pulak? Kau ingat peraduan gores dan menang tetiba nak berhadiah bagai? 'Present' jadi 'hadiah' ke uols?

Keji sangat tempat kerja aku yang suci murni la sangat ini pun nak di hack? Kau dah takda pejabat lain yang boleh diperkotak-katikkan? Iols speku ni mesti ada kaitan dengan berita panas minggu lepas. Ala pasal tuduhan si polan (yang baru terlepas daripada tuduhan semalam) berkenaan isu yuran guaman ittew. Kan heboh dalam paper cakap yuran guaman menggunakan duit zakat. Oppsss..!!


P/S: Iols tercapoi hari ni, makan cili banyak sangat kaedahnya di pagi hari

1 comment:

Joy said...

guna bahasa rojak gitu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...