9 Jan 2012

Wedding prep: barang-barang bilik tidur

First batch. Next aim ialah quilt, plain bed sheet with quilt cover set. Sekarang tengah CNY sale, diskaun banyak mampulah aku nak beli. Tidak kaluuu? Kem salam -___-"


Ini hasil tuaian di S Card day weekend lepas. Macam orang gila aku mengangkut daripada kaunter bayar tu nak keluar. Memang langgar orang sokmo. Sambil bawak, sambil jalan, sambil mintak maaf kat orang yang lalu lalang.


Last few weeks aku beli bantal 2 ketul dengan matress protector tu untuk bilik bujang kat rumah sewa. Yang ni beli untuk bilik pengantin. Total damage below RM300. Sila percaya!

4 bantal - Novelle RM24.50 each
4 pillow protector - Jean Perry RM23.40/pack (beli 2 packs)
1 mattress protector queen size - Jean Perry RM49.50
1 bed sheet - Jean Perry RM99 (380++ thread count kalau tak silap)

Cuba totalkan kalau tak percaya aku kata under RM300 :p

Tips: kalau beli cadar, tengok thread count dia berapa. Lagi banyak lagi bagus sebab confirm cadar tu lagi lembut dan tak panas. But of course, lagi mahal la berbanding cadar yang thread count nya 200++ saja. 

Masa S Card tu, during happy hour depa lelong bed sheet set siap dengan quilt. RM150 sajork tapi aku tak pandang pun sebab jenis kain macam satin tu. Licin dan nampak murah. HA HA. Biar beli barang murah tapi nampak mahal, not otherwise ;)

Aku nak survey harga Akemi dengan Novelle kat Sogo. Hari tu dah survey kat Jusco. Spec ialah queen size with quilt cover, thread count 400++ <-- pengantin perlukan cadar lembut bagi menjamin keselesaan tidur. Yelah kan penat seharian layan tetamu, kenalah dapat tidur yang berkualiti. Hue hue hue.

Jom, sapa nak ikut aku shopping (lagi)? :P

1 comment:

nqr said...

jean perry tu kalau buat sale mmg menggila.. last time aku beli kat the curve.. amik amik ekot suka hati mmg xsmpai 400.. kalau byr harga sebenar mmg ribu la kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...