27 Jan 2012

Wedding prep: Calling for bride's maid. Mayday. Mayday!

Aku tak mahu komen apa-apa pasal previous entry. Biarlah apa yang aku rasa terpendam dalam lubuk hati. Ceyyy :P. Kang aku tulis macam-macam dalam blog ni, ada pulak yang menuduh aku nak memalukan kawan, menyalah-gunakan social network, etc. Whut-evahhh!


Ok, ok, I'm letting it go... *kapooofff*

Dah settle pasal bride's maid aku. Total 5 orang je (sebab dulang hantaran 5 sajork). Pepatah aku; SIKIT IS SIMPLE. 3 orang SAHABAT dan 2 orang anak buah aku. Semalam aku telah menyunting 2 orang anak buah aku untuk jadi bride's maid. Both jawab setuju. Berani kau nak durhakah kepada makcik dengan menjawab TIDAK? HAHAHAHAHA.

Baju bride's maid aku dah beli minggu lepas masa melawat Jakel. Aku pilih kain yang aku suka dan aku rasa cantik. Plus nak bagi kat orang, kenalah beli kain yang elok sikit, kan? :)

Kain - checked! Bride's maid - checked! :D

Venue nikah terpaksa aku tukar daripada masjid kepada rumah. Banyak faktor yang menyebabkan aku terpaksa menukar fikiran. Salah satunya ialah kekangan MASA. Majlis aku dijangka ringkas sahaja, pagi nikah, tengahari sanding (if I can call camwhoring posing kat pelamin as sanding) dan lewat petang MUNGKIN akan terus buat outdoor <-- ini belum discuss dengan OP. Jadi aku takut kalau nikah kat masjid, pergerakan akan jadi lambat dan ia akan jadi punca kelewatan dalam aturcara. Aku particular OK bab masa. Aku dah sound YB awal-awal, jangan lambat walau 5 minit sekalipun. Awal takpe, jangan berani-berani nak lambat. Woi YB, kalau ko lambat 30 minit aku boikot tak mau keluar bilik, ada paham?

Kalau habis nikah lambat kat masjid, kesian kang kat guest mak abah aku especially yang datang awal sebab tak dapat jumpa tuan rumah. Kang tanya, "Tuan rumah mana?" "Belum balik dari masjid cik". Kesian orang-orang tua yang terlibat dalam situasi begitu. ANGELIC tak perangai aku? Kahkahkah!!

Mak aku super happy lah bila aku kata nak nikah kat rumah je. Gila tak happy? Siap dah beli kain langsir nak buat langsir baru bagai. Dia over excited nak terima menantu daripada aku yang excited nak berlaki :p.

Perubahan venue nikah tidak merubah aturcara majlis yang asal. Pelamin BUAT SENDIRI tetap satu. Tak kuasa aku nak buat pelamin nikah, pelamin sanding asing-asing. Kau dah gila gap berapa jam je nak pasang pelamin lain-lain, oii? -__-". Tapi aku dah ada plan nak buat suasana nikah dengan sanding tu lain sikit. Semoga tercapai hasrat di hati. HE HE.

MATIK LAH ENTRY BOSAN NAN HADOOO GAMBARAJAH!


P/S: Mesti sadis kalau aku dah beriya buat calling card bagai macam bakal pengantin ini, tapi BFF aku bagi jawapan macam dalam previous entry >_<

P/S/S: Ehh, tapi aku doakan semoga beliau mendapat jawapan YA daripada semua girlfriends yang dia dah pilih tu :D

1 comment:

reena said...

I tak dak tukang angkat dulang (sebab dulang apa pun nan hado. haha) tapi pengapit. Tanya kot Twitter ja. Haha. Memang zaman social network btoi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...