28 Feb 2012

Asal benang jadi kain, asal kain jadi baju

Ayat penyata: Aku ada 9 helai kain yang belum dihantar ke tukang jahit untuk dijadikan baju kurung.

Sekarang nak main ayat penyata saja :P


Penerangan gambar:
Atas kiri:-
Kain atas - Aku beli kerana jatuh cinta dengan design dan warna kain tersebut. Abstract dan biru, memang jiwa aku sangatlah! :p
Kain bawah - Kain hantaran tunang hari tu. Suka sebab warnanya. Kain lembut, material Italian Silk kalau tak silap. Both kain ni kena dry clean. Huuu leceh-leceh (dah tau leceh ko beli jugak, lempang mau?). 2 elor kain ni tak taulah aku nak buat baju apa especially kain sepesel time tunang tu. Auwww~

Bawah kiri:-
Both adalah batik daripada material jacquard. Hari Khamis kena pakai batik uols! Sepanjang hampir 2 tahun kerja gomen, aku ada 2 helai je baju batik. Kasihan bukan? Aku beli batik kat Aked Jalan TAR sajork sebab boleh tawar kaw-kaw. Plus SA dah kenal so senanglah nak mintak kurang harga HE HE. Harga asal rm220, aku tawar dapat rm160 sehelai. Kalau batik online mostly rm200++, tak berkemampuan den. Matase Sutera punya batik lagilah mahal NM *pitamsss

Kanan:-
5 helai kain tersebut berharga rm20 setiap satunya. Aku beli kat Gulati's Ampang 3 helai dan 2 helai lagi kat Gulati's Jalan TAR. Kau hado beli kain kat Gulati's harga camtuh? Wakaka! Murah okeh depa lelong. Last weekend aku pergi SACC Mall kain yang sama berharga rm48 sepasang. Jangan tanya kenapa harga jauh beza sebab aku pun tak tau pasal apa. Gulati's punya sale memang lain tempat, lain harga ke?

Hantar buat baju kat makcik kat kampung aku tu dia charge rm27 sepasang untuk baju kurung (aku request jahit ropol kain sekali), kalau tidak rm25 sahaja. So total kos sepasang baju aku tu rm47 sajork. Jimat walaweh. Mak sooka!! *joget-joget




Penerangan gambar:
Baju baru siap *teng teng teng. Beli kat Jakel, Segamat bulan lepas. 2 helai kain rm100. Aku kalau beli kain memang jarang sangatlah yang berbunga-bunga. Memang design macam nilah yang biasanya aku pilih. Andai kata ko nampak aku pakai baju banyak bunga, tu maknanya baju lama zaman study dulu. Dulu dalam hati ada taman bunga hence baju pun nak bunga-bungaan. Kahkahkah! (Ehh, macam sekarang dah takda taman? :p)

Aku memang nak tambah koleksi baju sebab dah bosan dengan cycle baju ke office sekarang. Selang 2 minggu mesti akan pakai baju yang sama. Ni nak tambah so that cycle akan jadi sebulan sekali je pakai baju sama.

Korang ada tailor bagus dan harga berpatutan yang layak direkemen tak? Makcik kat kampung aku tu tak amik tempahan baju yang ada lining or fesyen waima kurung moden sekalipun. Dia boleh jahit kurung biasa dan kurung Pahang je. Kalau hantar tailor kat Pertama Kompleks tu sehelai rm100 untuk kurung, rm120 untuk kurung moden. Mahal la weh -___-"

P/S: Adik aku kata, aku buat baju baru sepanjang tahun. Pfftttt...

P/S/S: Hampir tak benar (ehh, ke hampir benar? Kahkahkah!)

2 comments:

reena said...

Fuyyoo baju kurung u lagi byk drpd i yg dah keja 3 tahun lebih ni.

I lagi kesian tahap dewa. Recycle baju seminggu sekali. Tiap2 minggu ada pakai baju sama. T___T

setan comel said...

lawa jg baju ni..
mmbuat ada sseorng bknan..
kalo nak jual msj jer ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...