21 Feb 2012

Hari lahir Si Dia yang melahirkan

Peristiwa bulan lepas. Genap sebulan yang lepas pada tanggal 21 Januari. Ulang tahun bonda (Jah Mon) yang ke-68. Alhamdulillah bonda saya masih sihat wal'afiat. Sihat tubuh badannya. Masih gagah berjalan ke sana ke mari. Berkebun. Pergi kenduri. Pergi masjid. Pergi kedai. Masih boleh berdikari menjalankan semua aktiviti harian tanpa bantuan dan ikhsan sesiapa.

:: Moist Orange Cake - kek ulang tahun bonda ::
Kek dah tersopak sikit akibat kotaknya saya pegang dalam keadaan yang senget.

Memang saya berniat dan berhajat nak buatkan kek kegemaran bonda, iaitu kek berperisa oren (bonda saya simple orangnya). Kebetulan pula Cuti Raya Cina jatuh begitu hampir dengan ulang tahun bonda, maka dapatlah saya bawa pulang sebiji kek ke kampung untuk menyambut ulang tahun beliau. 

Proses membuat kek sangat-sangat lancar. Dimulakan dengan Bismillah (petua bonda untuk bagi apa yang kita masak menjadi dan sedap - silalah amalkan InsyaAllah berkesan) tung-tang-tung-tang tak sampai 3 jam siap semuanya. Semuanya itu bermaksud dari membakar kek hingga ke proses final touch up. Saya kira, niat saya untuk menghadiahkan kek untuk bonda itu direstui oleh-Nya. Manakan tidak, digital scale yang biasanya sangat payah nak 'ON', mudah pula menyala pada hari yang berkenaan.

Adunan keknya saya bahagi kepada 4 bahagian. Saya masak dalam loyang nipis. Saya memang rancang untuk buat at least 3 layers cake. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, adunan kek tidak ada yang rentung terbakar ketika berada dalam ketuhar. Keempat-empat adunan masak dengan sempurna.

Saya tak beritahu bonda kek dalam kotak yang saya bawa dari Kolumpo itu untuk dirinya. Saya katakan kek itu untuk seorang customer. Terpaksalah tipu sunat (tiada istilah ini sebenarnya) demi sebuah kejutan yang akan dibuat pada keesokkan harinya.

Nak dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan ke rumah kakak (lokasi kejutan ulang tahun bonda akan diadakan), saya break mengejut pada 1 traffic light. Kotak kek tersungkur dari seat belakang dan jatuh ke bawah. Adoiii! Hancurlah kek customer saya...

Maka bermulalah babak lakonan di antara saya dan adik di dalam kereta. Takut customer tak mahu terima kek buruk. Takut customer marah. Etc. Sehinggakan akhirnya bonda bersuara,"Tak apalah, kalau customer tu tak mahu kek ni pulangkan je duit dia. Kek ni bagi mak, boleh jadi hadiah besdey mak."

:')

Tak sedih ke ko dengar tu? Sobsss.

OK pendekkan cerita, bonda saya memang terkejut bila kami semua nyanyikan lagu selamat ulang tahun selepas makan tengahari di rumah kakak. Sikit pun dia tak jangka kek tu memang saya buatkan khas untuk dia. Alahai bonda, 100% dia percaya kek tu memang saya buat untuk orang lain. Malam sebelum, saya tanya bonda mahu hadiah apa. Dia kata "...dapat buatkan kek besdey cukuplah."

:: 4 layers moist orang cake, chocolate ganache frosting ::

Kejutan di wajah bonda adalah sangat priceless! 

Semoga bonda dipanjangkan umur. Semakin dilimpah-ruahkan rezeki. Terpelihara kesihatan tubuh badannya. Sentiasa dalam rahmat dan redha Allah ta'ala. Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin ya robbal alamin.

Mak, saya sayang mak sangat-sangat! 

3 comments:

swit@kon said...

happy birthday acik jah mon. :)
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

knv said...

sobss! amat terharu! semoga panjang umur dan dirahmati allah makcik!

Yantie said...

ye memang priceless wajah kejutan itu..terharu dia..;)
lebih kurang je umur emak ko dgn MIL aku..kuat lagi kan diorang kan..harap-harap kita pun sampai tua la nanti tak mo susahkan anak-anak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...