4 Feb 2012

(sambungan) Pengalaman sendiri berhadapan dengan makhluk yang bukan manusia

Sorry yerr semalam cerita tak habis. Aku blur dan tak ingat macam mana tiba-tiba rumah sewa kami boleh haunted. Sambungan kisah...

Hari tu kitorang ada kelas petang so sampai rumah around 4 lebih. Bila sampai rumah semua pun macam keletihan pastu apalagi membutalah. Rutin biasa bagi student!

Time tidur beramai-ramai tulah sesuatu telah terjadi. Masa tu kitorang tidur 1 bilik 4 orang. Bila bangun, semua mengadu kena TINDIH! Ko tak pelik semua kena? Terus rasa tak sedap hati sebab sebelum tu memang tak pernah berlaku.

So Siti Abum telah meminta bantuan daripada seseorang yang beliau kenali untuk tengok-tengokkan rumah yang kami duduk tu. Cik Lan suruh kami cari air daripada masjid and sediakan beberapa biji buah limau nipis untuk proses nak 'buang' benda yang menempel kat rumah tu.

Lepas dapat apa yang diperlukan, Cik Lan suruh kami baca yaasin beramai-ramai kat dalam salah satu bilik rumah tu. Specific room yang jadi tempat benda tu 'tinggal'. Beliau pesan lepas solat maghrib baca yaasin menghadap kiblat. Air masjid dan limau nipis yang dah dipotong-potong letak dalam dulang. Rumah sewa kami tu ada 3 bilik, salah satunya kami jadikan bilik untuk letak wardrobe and barang-barang. Kira macam stor lah. Takda orang tidur dalam bilik tu.

Menurut Cik Lan, benda tu datang sebab dia ikut seseorang. Time tu Siti Abum ada adik angkat, positively benda tu ikut her pet sister. Benda tu nak jadikan dia tuan. Dalam bahasa lainnya, SAKA. Esok paginya, Siti Abum dan adik angkat beliau disuruh mandi guna air yaasin tu untuk buang benda-benda yang tak sepatutnya. Sisa limau nipis tu Cik Lan suruh buang kat sungai. Depa buang sisa tu kat Sungai Seksyen 13, dekat-dekat Giant Shah Alam. Siapa biasa lalu situ? Takut tak? HA HA!

Lepas tu kami pun rasa legalah sebab ingat rumah dah bersih. Tapiiiiii.... Ramalan itu meleset sama sekali okeh! Lagi teruk kami kena rupanya. At least benda yang nak menempel kat junior aku tu tak menampakkan rupa dia, yang datang lepas tu rajin 'menjelma' menampakkan diri. Sakit hati tak kau? Pffttt!

Bila dah selalu nampak kelibat (Siti Abum lah orangnya) dan tiba-tba rasa seram, hati jadi tak sedap. Kawan aku mintak tolong Abang Nap pulak 'tengokkan' rumah. Kami dah tak dapat mintak tolong kat Cik Lan sebab dia dah tak sanggup. Bini and anak dia dok kena kacau dengan benda-benda yang dia try nak buang. Kesian kan? Abang Nap ni lain sikit cara dia tolong. Dia boleh datang tengok rumah kitorang tu kalau kitorang izinkan dia masuk.
Kalau ko pakai seksi dalam rumah time dia masuk tu dia boleh nampak yerr :P

Kat rumah yang kami sewa tu ada kes pekerja Indon mati masa construction dan pompuan mati bunuh diri terjun bangunan. Abang Nap kata yang dok kacau dan 'lalu lalang' dalam rumah kami tu roh pompuan bunuh diri ittew. Asal benda tu dari Tingkat 5 blok yang kami duduk tulah. Kat situ memang ada sebuah unit kosong. Abang Nap tak bagi kami naik tingkat tu. Jangan kata naik, pandang rumah tu pun dia tak bagi sebab Abang Nap kata benda tu boleh nampak kalau kita tengok dia. Being me yang memang tak adventurous bab-bab gini, aku memang ikut setiap apa yang Abang Nap nasihatkan dengan niat "aku tak kacau kau, kau jangn kacau aku". Walaupun kekadang hati aku ni ada gak gatal dan terdetik nak tengok rumah kosong kat Tingkat 5 tu huhu... Tapi tak brannn bhai!

Abang Nap soh tabur garam yang dah dibacakan yaasin keliling rumah, time tabur tu takleh putus langsung untuk elakkan benda tu dapat masuk. Kena tabur time maghrib. Aku ingat lagi masa tabur tu ramai-ramai tawaf satu rumah sebab semua tak berani nak buat sorang-sorang >___<. Time tabur tu meremang bulu roma weh, macam kau rasa ada 'sesuatu' dok perati apa yang kau tengah buat. Then, rasa ada benda lalu depan rumah padahal rumah sewa kitorang tu hujung sekali!

Memula Abang Nap kata benda tu tak mau pergi dari rumah sewa kami tu. Dia kata dia nak tumpang duduk situ sebab ada antara kami yng nakal.

Gulppp! (Aku lettew KOT?)
Hahahahahahaha...

Tapi lepas nego pompuan tu agree untuk blah dan tak kacau kami lagi. Maka benda tu pun baliklah ke tempat tinggal dia kat Tingkat 5 tu. Abang Nap pesan soh jaga perangai, jangan 'nakal-nakal'. Benda tu suka kat orang nakal. Berani kau nak nakal lepas tuuuuu? T___T

Kalau takda sesiapa buang dia dari situ, sampai sekaranglah ada lagi kat Apartment Baiduri sebelah main gate UiTM tu. Ado sesiapa yang bermunat nak buat lawatan? Silakan...

Amankah hidup kami selepas itu? Jeng jeng jeng...

Cuti semester kan lama so sepanjang cuti tu kami memang takda jenguk rumah langsung. Adalah nak dekat dalam 3 bulan tinggal dibiarkan tak berpenghuni. Masa ni kitorang ada housemate baru (hi Hana! :P). Aku ingat lagi Hana nangis sebab takut, sampai tersedu-sedu. Hehehehehe...

Time ni adik angkat Siti Abum dah start datang rumah sewa kitorang balik. Before beliau dibenarkan datang, Siti Abum dah mintak tolong kat Cik Lan budak tu clean and clear ke tak? Boleh? Precaution uols! Cik Lan bagi green light, budak itu 'bersih'.

Rupanya tak lama... Kitorang start rasa tak sedap hati semula. Aku yang sebelum-sebelum ni tak pernah nampak 'apa-apa' pun dah terikut sama nampak or dengar 'sesuatu'. Yes untuk 2 kejadian kat atas tu aku memang takda nampak pape, cuma perasaan tak sedap hati jelah. Kali ni, memang diuji secara fizikal. Bayangkan pintu rumah dan semua tingkap tertutup, tetiba pintu bilik aku bergerak macam ditolak. Bunyi pintu dah lama tak dicurah minyak pelincir slowly "ngeeeeeeekkk....". Sebelum aku keluar tengok tv kat hall, pintu bilik tu memang aku dah tutup siap-siap. Tetiba boleh terbukak dengan sendirinya. Ajaib tak? >_____<

Housemates aku yang lain pun mengalami benda gini. Ada yang nampak kelibat orang. Salah sorang housemate aku tidur depan hall sorang-sorang, tapi si Siti Abum nampak dia tidur berdua dengan Hana. Padahal Hana elok je tidur dalam bilik. Siapakah lagi sorang itu? Jeng jeng jeng... Lu fikirlah sendiri!

Siti Abum rasa bersalah sebab dia ingat adik angkat dia yang jadi punca. So dia call balik Cik Lan dan bagitahulah apa yang dah jadik. Tapi rupa-rupanya benda tu datang dari orang lain. Saka jugak. Kami disuruh baca yaasin bersama-sama selama 3 malam berturut-turut. Dia suruh kitorang tidur berjemaah kat hall, siap pesan pakai yang sopan sikit sebab dia nak datang malam tu. Kang pakai tak sopan, tak boleh kerja pulak beliau nanti :p

Semua orang tak boleh tidur dengan lena malam tu. Dahlah rasa panas semacam, siap berpeluh-peluh. Masing-masing tak tidur kecuali sorang. Haa yang tidur dengan lena dan nyenyak tulah suspek kepada benda yang nak menempel tu.

Bila dah pagi barulah masing-masing berani nak cakap pasal tak boleh tidur. It was the longest night of my life. Rasa lambat giler nak pagiiiiiiiii. Terus call Cik Lan, dia suruh check ada tak kesan lebam kat sesiapa? Yes ada kat salah sorang (Pingu - bukan nama sebenar). Beliaulah yang tidur dengan lena tu. Cik Lan kata kesan lebam tu disebabkan benda tu hisap darah. Itu yang boleh tidur dengan lena. Takpalah aku takleh tidur lena sekalipun, lebih rela daripada kena hisap darah T_______T. Pingu kena mandi air yaasin dan limau nipis, exactly macam yang Cik Lan suruh buat dulu tu. Depa buang ssa limau kat sungai yang sama. Makin banyaklah 'benda' kat sungai tu, ye tak?
Wahahah. Menurut Cik Lan, saka tu hantu raya sebab tu boleh menyerupai orang...

Anda boleh menarik nafas panjang sebab cerita dah habis. Sekian.



- Posted using BlogPress from my iPad


2 comments:

reena said...

Satu je nak cakap. Nama samaran siyes tak boleh blah! Hehe. Tapi mmg seram la uols. Sejuk kaki tangan baca entry u ni.

~ As ~ said...

ko tau tak, aku pegi jmpa ustaz tanya pasal roh-roh yg kacau orang ni. gigih tak! sbb penakut. hahaha
Sebenarnya tu bukan roh, roh kalau mati terus ke alam barzakh, yg mengacau tu Qarin manusia. Setiap orang kan ada Qarin yg seperti kembar kita. Qarin sejenis jin/syaitan juga lah.

ps/ kenali musuh anda untuk tidak takut. tapi aku masih juga penakut... huahhhhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...