28 Feb 2012

Wedding prep: senarai DIY projects

Aku BERANGAN DAN BERAZAM (apa kau ingat angan-angan tanpa azam boleh jadi kenyataan?) nak buat perkara-perkara di bawah dengan sendirinya sambil dibantu oleh insan-insan terpilih (aku pilih :p) untuk wedding aku nanti:

Pelamin
Idea dah ada. 80% barang-barang yang aku perlukan untuk buat pelamin sendiri aku dah tahu kat mana nak cari. Frame playwood tu akan ku kerah adikku untuk membuatnya. Keh keh keh. 

Hantaran
Aku akan gubah untuk both sides. Belum finalize nak guna fresh or artificial flowers. Kena survey harga untuk kedua-dua jenis bunga. Aku guna barang murah-murah saja. Ala buat hantaran bukannya ko kena berhabis cari material mahal-mahal. Keyword ialah KREATIF! Gittew :p

Meja makan damai
Kalau mintak pakcik canopy tu tolong hiaskan, dia charga rm300++ untuk meja makan biadap eh beradap. Gilerrr mahal! Beli kain jersey baru rm3.50/meter, alas meja and backdrop pakai kain berapa meter je pun. Hiasan bunga je. Baik aku buat sendiri, puas hati plus al-jimatun.

Bilik tidur
Ini confirm deco sendiri. Design dag ada. Belum finalize warna cat. Katil dan almari akan dibeli lepas bilik siap dipasang tiles.

Bantal nikah
Aku nak follow tutorial yang aku dapat hasil dari gugelan tempoh hari. Kosnya confirm kurang daripada rm100 untuk 2 bijik bantal. Weekend lepas aku pergi survey bantal nikah sepasang rm250. Gilos! Kalau sewa, ada ex-b2b yang offer harga rm100. Err... takpelah kot aku rela buat sendiri. Lagi puas hati :D

Kad kahwin
Aku tak jumpa vendors yang boleh provide kad simple macam yang aku nak. Aku akan design sendiri dan hantar print kat kedai. Andai kata kad aku tak lawa kat mata orang sekalipun, ada aku kisah? Janji aku puas hati lol!

Doorgift
Dah tau nak beli paperbag dan kotak kat mana. Nak finalize kuantiti yang diperlukan sajork. Doorgift khas untuk kawan-kawan aku belum finalize nak bagi apa. Jah Mon punya doorgift dah finalize, dah tau nak beli kat mana. Tinggal tunggu masa je nak memborong. He he.

Viel
Tak tahu nak jahit sendiri or upahkan orang. Aku nak viel simple je sebab baju aku macam dah sarat kot. Tapi boleh ke aku nih menjahit? Ambitious sangat walawehhh -__-". Sedaq la diri jahitan burukss lagi huduh tskkk.


P/S: Weekend nih fitting baju. Janganlah tak muat, stress wohhh T_T

3 comments:

knv said...

subhanallah banyaknyer nak kena buat dik. kalo akak pengsan dah tu! :D

Miss_Yanfie (,")(",) said...

Dear, nak tanya la...mana u cari material2 sume tu erk? Utk buat pelamin! Bab teringin nak buat DIY mini pelamin utk majlis bertunang sy nanti, cuma tatau nak cari kat mana! Hahahaha....

nini said...

yunk....kalqu backdrop untuk pelamin biasa berapa meter ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...