26 Apr 2012

Product review: Burt's Bees Tinted Lip Balm (my fav!)

Bought the lip balm first time at Sephora, Singapore. Immediately fell in love with it! 

Beli pada bulan Jun tahun lepas dan riwayatnya tamat pada bulan March tempoh hari. Lama jugak tu bertahan. So semalam ke KLCC untuk beli gantikan yang dah habis tu. Terkejut tengok harga dan fikir "Woiii kenapa mahal sangat harga lip balm ni kat Malaysia?!!". Lupa 1st time beli kat Singapore LOL! Padahal kalau convert lebih kurang je sebab kat Singapore SGD19 - kalau tak silaplah.

Sebulan lebih takda lip balm ni teruk jadinya bibir aku. Kalau oles (wah bahasa!) lipstick beralaskan lip balm Nivea tu masuk tengahari bibir aku dah start menggelupas. FYI aku punya lips super sensitive terhadap lipstick. Any lipsticks! Tapi bila alas dengan Burt's Bees Tinted Lip Balm ni memang bibir aku tak kering dan tak menggelupas. Boleh pakai lipstick tanpa risau bibir pecah or kering. Pakai lipstick tebal daripada kebiasaan pun tak jadi masalah. I'm a super satisfied customer! :D

This is the best lip balm so far (yang aku pernah try). Memang a bit pricey tapi daripada aku beli lip balm lain yang murah sikit tapi takda hasil lagi membazir. Retail price at Burt's Bees counter ialah rm38.80, Sephora rm39. Aku rasa berbaloi kot walaupun mahal sikit tapi tahan lama. Tinted lip balm range ada 6 warna. Aku paling suka kale ni sebab dia tak pink dan tak merah. Paham? Tak paham sudah HA HA.

Semalam bila pergi counter, SA bagitahu sampai end of this month ada recycle promotion. Bawak bekas yang dah kosong brand Burt's Bees akan dapat 20% off untuk setiap pembelian, bekas kosong brand lain dapat 10% off. Setiap 31hb ada 20% kalau bawak bekas kosong untuk setiap pembelian. Macam Baskin Robins punya 31st discount tu la lebih kurang. Aku baru tahu semalam, bekas lip lama tu aku dah campak dalam tong sampah. Rugi betul kalau tak dapat 20% off pffttt! >___<

Ada lip balm range lain, yang tu murah sikit rm18. Aku pernah try adik aku punya, dia pakai lip balm dari range Replenishing Lip Balm with Pomegranate Oil tapi aku tak sukak sebab too thin and oily. Bibir aku rasa berminyak-minyak. I donch like.

What's your fav? :)


Penafian: 
Review adalah dari sudut pandangan aku sebagai pengguna. Tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Terima kasih.

3 comments:

whiteapple said...

salam, kat mana boleh beli selain klcc?

cc said...

whiteapple,
sephora pavilion pun ada.
burt's bees counter i tak sure kat mana ada selain klcc. boleh check kat website burt's bees kot :)

@nannoor said...

vaseline jewww.. dari dulu sampai sekarang. murah. i like. hehek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...