27 Apr 2012

Product review: Kiehl's skin care

Ayat penyata: Aku tengah ada mood nak buat product review, sila jangan tegur :P

Aku start beli dan pakai Khiel's skin care bulan December tahun lepas. Beli sebab terpengaruh dengan Cik Kak Bakal Pengantin (kelepak kelepak kelepung kelepung :P) ittew! Babe, kalau you jual MLM confirm laku banyak sebab mudah nak pengaruh orang. Lol!


Beli before ke after Xmast tak berapa ingat. As a first timer, aku beli kat kaunter Kiehl's Empire Subang. Explain serba sikit skin type and apa yang aku nak betulkan pada skin aku ni. So aku bagitahu nak kecilkan pores sebab pores aku sangat visible. Maka, SA suggest aku pakai Rare Earth range. Aku beli facial cleanser je seketui. 


Lepas pakai rasa best pulak so aku top up beli toner dengan Midnight Recovery Concentration (MRC). Aku decide beli MRC sebab aku puas hati masa pakai sample yang SA bagi. MRC ni agak mahal retail price sekarang rm220, time aku beli masih rm200 plus ada 10% off. So dapat beli pada harga rm180. Serum ni aku pakai since bulan Jan, sampai sekarang masih banyak lagi. Belum half bottle pun. Pakai tiap-tiap mahal ok! So, walaupun mahal tapi tahan lama. Aku suka MRC ni sebab kulit jali moist dan bangun tidur rasa kulit soft je HE HE. 


Keluarga Kiehl's skin care aku ditambah dengan moisturizer dan clay masque. Aku beli kat strawberrynet sebab murah :P. Banyak woo beza 1 product dalam 10-15 hengget. Clay masque ni aku suka gilosss! Time pakai rasa tegang je kulit lepas cuci terus rasa cam kulit bersih dari segala kesan degil. HA HA.


Cleanser habis so aku topup beli kat strawberrynet jugak. Selain tu, beli Over-night Biological Peel jugak. Function dia macam scrub tapi leave on scrub. Pakai seminggu 2 kali. 

After almost 5 months pakai, pores aku makin mengecil. YEAY! Skin texture getting better and softer. Pimples scar pun makin pudar. Now aku tengah aim nak beli serum untuk kegunaan siang hari. Dark spot corrector ke apa ntah nama dia. Function nak pudarkan freckles. Kalau tak jaga kang, makin matang (tak nak cakap tua KAH KAH) kulit makin banyak freckles keluar. Harga spot corrector tu rm200. Pitamsss haku!!!

Retail price Rare Earth range @ Kiehl's counter:
Cleanser rm90
Toner rm100
Moisturizer rm130
masque rm100

Midnight Recovery Concentration rm220

Over-night Biological Peel rm200/220 - tak sure


p/s: tengah berhajat nak tukar Tabita Skin Care made in Indon. Ramai kata bagus. Ada sape-sape pernah guna Tabita?

1 comment:

reena said...

Hahahah MLM tak tahan. Kalau masuk MLM i, CONFIRM dapat pi Penang (je). Hehe :p

U nak beli Clearly Corrective Dark Spot Solution ke? BELI beb! Serius best. U ingat tak hari tu i meroyan pasal jerawat & parut jerawat? Since i pakai Dark Spot Solution ni, serius pudar bintik bekas parut jerawat semua. Kulit jadi lebih elok. Highly recommended!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...