14 May 2012

Wedding prep: Beading on wedding outfit & sampin nikah for him


I sew every single of the beads and tampal the batu swarovski on my own. Gigih tak? Gigih tak? HE HE. Border lace tu je bagi kat tailor mintak dia jahitkan sekali masa hantar tempah hari tu. Beading dan tampal batu untuk baju dah siap malam tadi. Currently sedang mengerjakan kainnya pulak.

Kalau nak tahu, ini adalah kali pertama aku cuba-cuba menjahit manik. Kau ado kali pertama try terus buat kat baju kawen? :P Jangan tanyalah teknik jahitan apa nor design apa yang aku buat ni, confirm jawapan dia jahitan dan design hantam sajalah labu ikut suka hati aku. KIH KIH KIH

Aku macam ada angan-angan nak menambah kuantiti pearl yang lebih kecil pada baju, bergantung kepada masa sebab inner tudung and veil pun belum bersentuh lagi nih. Nak kawen lagi 3 minggu je lebih kurang. Aiyyo! >________<

Andai katalah tak siap innter tudung, aku sarung bawal jelah. HA HA HA.


Ini kain sampin YB. Songket tenun tangan dari Terengganu. Aku beli kat Jalan TAR sajork. Lepas tawar-menawar, Alhamdulillah dapat beli dengan harga di bawah bajet. Kekeke. Ada banyak kedai jual songket kat Aked Jalan TAR tu, tapi kedai yang aku pergi ni memang yang boleh bagi harga paling murah berbanding kedai lain. The same kedai yang aku selalu pergi beli batik.

Wassap pic ni kat YB, dia sangat suka dengan pilihan aku. HE HE. Kalau suruh dia pergi beli sendiri aku tak tahulah rupa apa yang dia pilih. Lol! Amponnn yang :P

Aku memang mencari design songket macam nih. Nampak exclusive. Aku tak berkenan songket design petak-petak. Selain daripada ia kelihatan seperti sampin budak sekolah, ia juga nampak murah. Itu kat mata akulah :). Warna sampin ni memang kontra habis dengan baju nikah. Yang sama cuma bunga kale gold/orange tu je. Pengantin lelaki sekarang pun nak color blocking jugerrr...

Sampin ni boleh pakai untuk raya nanti sebab bunga hijau tu match dengan baju raya kitorang :D


*Raya ni I dah bersuami? Auwww!

3 comments:

oshinz said...

akak beli samping tu dengan harga berapa ratus ye?

adin_kekan143 said...

Boleh sy tau x harganya dlm brapa? pls...sy pn tgah cari design mcm ni...TQ!

fateen rahman said...

salam,

boleh pm price n beli dimana?teh songket ke? fatinamani@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...