9 May 2012

Wedding prep: DIY Dulang hantaran

DIY lagikkkkk. Matiklah kena keji semua pun DIY. Mak Jemah pengantin bajet uols, nan hado mampu nak upahkan orang buatkan hantaran bagai. DIY lebih puas hati. Cantik ke tak cantik belakang kira, janji hati puas. Kalau ada orang menghina hasil kraf(keras)tangan Mak Jemah ni, ada aku kesah? Gittew!


Kau ingat kalau upahkan orang/kedai buat 1 dulang ni berapa depa charge? Bukan dapat 20-30 hengget. Oleh yang demikian, aku menggigihkan diri membuat kesemua 10 dulang hantaran, jumlah untuk kedua-dua belah pihak. Yang warna krim tu belah lelaki, dark purple belah perempuan.

Macam mana nak DIY dulang hantaran bajet ini?

Anda memerlukan:-
cake board 12"x12" (sila guna board lagi besar kalau barang hantaran korang gedabak-gedabak)
thin sponge
hot glue gun (gam panas tembak? lol!)
fabric
heavy duty stapler
renda @ accessories (optional)


Aku pakai cake board tu sebab murah sajork. Biasanya kat kedai jual barang kek, harga cake board 12"x12" ni antara 80 sen @ rm1 sahaja. Beli 10 keping, paling-paling mahal pun baru rm10. Kalau beli polisterin (aku panggil gerdus) yang jual kat kedai barang kahwin tu, seketul rm6-rm7 kalau tak silap. Kalau ada bajet lebih, bolehlah kalau nak guna polisterin tu. Pilihan ditangan anda :)

Span nipis tu aku beli dengan harga rm6 untuk 8 meter kalau tak silap. Beli kat Kedai Bunga Reben. Lebih daripada cukup untuk cover 10 biji dulang. Potong span nipis tu around 14" untuk cover cake board. Jangan potong ngam-ngam nanti tak lawa bila balut. Itu yang terjadi kat 1 biji alas dulang aku -__-"

Lepas dah balut cake board dengan span, cover dengan fabric pulak. Aku beli kain kat Kamdar Jalan TAR. Kain jenis apa tak ingat tapi bukan satin. Aku tak guna satin sebab berkilat sangat. I donch like. Kain ni super lembut dan yang penting murah. Semeter rm3.50 kot. Aku beli 1/2 meter kale krim, 1/2 meter kale dark purple. Ada lebihan juga. Jangan buang please, boleh guna untuk deko barang hantaran.

Belah bawah cake board tu aku stapler dulu baru kemaskan dengan hot glue gun. Sila tarik belah tepi-tepi supaya kemas before stapler. Dah siap! Disebabkan aku ni beginner, maka hasil kemasan tepi tu kurang memuaskan. Korang buatlah cantik-cantik yerr! :D


Bolehlah beli accessories macam renda atau kerawang aluminium tu sebagai hiasan bantal. Kalau takde kang nampak kosong sangat. Renda tu aku beli rm1.80/meter. Need around 7 meters untuk 5 biji bantal. Kerawang tu rm1.50/piece. So 5 dulang pakai 20 keping. Apasal kerawang aluminium ni mahal sangat ah? Kat situ je dah spent rm30 tsskkk.

Oh ye, hari tu balik Johor, aku sempat ke Ayer Hitam. Terjumpa renda dan kerawang aliminium tu dengan harga 30 sen murah untuk setiap item. Stress haku tawww! :P

Mari tengok breakdown cost DIY project untuk dulang hantaran:-

cake board 12"x12" 10 pieces x rm1 = rm10
thin sponge 8 meter = rm6
hot glue gun (gam panas tembak? lol!) ASET
fabric 1 meter = rm3.50
heavy duty stapler ASET
renda hijau 8 meter (aku beli extra 1 m takut tak cukup) x rm1.80 = rm14.40
kerawang aluminium 20 pieces x rm1.50 = rm30
Grand total = rm63.90

Kos untuk sebelah pihak around rm32 sahaja. Murah tak? Murah tak? Jimat ya ampun. Aku sokakkkkk! :P

If you have anything to ask, just drop an email to me. Email address tau kan? Heh.


P/S: Accessories hiasan tu bergantung kepada koranglah. Kalau nak letak renda yang ada batu berjurai tu pun lawa jugak. Ikut taste masing-masinglah ya? Selamat ber-DIY! :)

4 comments:

Syazlina Khairuddin said...

Kaler dark purple mmg gorgeous!

Wahida said...

salute lah kat u lina...gigih sungguh...:)

misz Levinda said...

nak tanya, kat mane nak beli kerawang besi tu?

hudaaa said...

nice idea! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...