3 May 2012

Wedding prep: DIY TQ tag @ tag "terima kasih"

Gigih okeh aku belajar tutorial daripada blog minah salih. Trial and error sejam, hampir-hampir give up tapi aku bukan pengkalah maka usaha diteruskan sampai berjaya. Aku buat for both sides, me and YB punya.

YB tolonglah bangga dengan tunangmu ini kerana berjaya menghasilkan tag "terima kasih" :P

Kata pengantin bajet kan? Tag berharga 20 sen per piece pun pada aku mahal okeh. Jangan harap aku nak bayar 20 sen semata-mata untuk tag cinonet gini. Dasar cheapskate. KAH KAH KAH!!


Ini adalah hasil design orang (aku lettew) yang tak pernah belajar designing. Terhasil berpandukna tutorial photoshop semata-mata, hence the hasil sebegini rupa. Yet, aku puas hati. Orang lain tengok tak chantek aku pedulik apa. Gittew! Kau hado confident macam nih? HA HA HA HA HA.

Weekend nih kalau sempat nak pergi hantar print. Aku takde printer warna. Kalau ada, nak aje aku print sendiri. Beli ajelah ivory card tu. Lepas dah print potong sendiri. Gila kuasa semua pun nak buat sendiri. KAH KAH KAH lagi sekali. Berapa printing cost untuk sekeping kertas saiz A4 agaknya, ya? Nak try usya  kedai-kedai printing kat area Jalan Pudu.

Aku plan nak lekat tag ni kat doorgift bag sambil diserikan (tak boleh blah penggunaan kosa kata kau, eh?) dengan kehadiran reben berwarna pastel.


P/S: Sebulan lagi nak kompang-kompang. Tak sabarnya ehhhhh... nebesss nya :p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...