10 May 2012

Wedding prep: Warna cat dan susun atur

Bilik pengantin kat rumah aku kecik je. So benda pertama masa pilih kriteria warna; tak boleh warna gelap. Kang makin nampak sempit pulak. 


Wall 1 obviously adalah feature wall. Sejak tengok Deko bersama Eric tu la baru tau nak buat feature wall bagai. Pengaruh TV sungguh lol! Stripe warna dark purple tu kemungkinan besar aku akan freehand sahaja. Biar senget-benget macam aku barulah artistik. Puiii! :P

Mirror dan wall cabinet tu IKEA mari. Murah. Aku semua pun pakat nak yang murah aje. HUA HUA HUA. Wall cabinet itu tujuannya menggantikan dressing table. Aku nak minimize kan perabot dalam bilik.

Wall 2 akan aku cover sepenuhnya dengan kain jersey kale putih dari atas sampai bawah. Memang sengaja dibuat begitu supaya keseluruhan tingkap dapat ditutup. Side table dan floor lamp di sebelah katil juga IKEA mari. Jangan lupa kata kunci Mak Jemah, MURS!

Tetiba bedframe warna grey? Out sungguh warnanya. HA HA. Apa nak buat, katil pemberian ikhlas daripada kakak aku. Amik jelah. Siap dapat tilam berketebalan 8 inci. Syukuuurrrrr! Tak payah beli lain hehehehehehe...

Wall 3 nak letak jam dinding, sticker wallpaper dan kemungkinan juga frame gambar. Aku ada terjumpa jam lawa hari tu. Nanti balik kampung nak pergi usya harga. Kalau murah confirm rembat. HE HE.

Wall 4 dah tak perlu usik sebab dah ada almari kat situ.

What do you think of the color combination? YAY or NAY?

Sekian,
Aku budak tourism bukan I.D

(motip bagitau? HA HA)

2 comments:

Syazlina Khairuddin said...

Perancangan yg teratur! cantik lukisan =)

nini said...

wow.....bagusnya siap ad lukisan...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...