22 Jun 2012

Saat aku terima nikahnya...

Perasaan? Berdebar!

Berdebar tunggu suami jawab qabul. Tapi sekelip mata je perasaan tu hilang dan digantikan dengan perasaan syahdu dan syukur yang teramat sangat lepas semuanya selesai. Alhamdulillah dengan hanya sekali lafaz, kami sah sebagai suami isteri. Perasaan time tu bercampur baur. 

:: salah satu kenangan manesss dalam hidup ::



Hampir 7 tahun kami berkawan. Bermacam-macam dugaan, pasang surut, gaduh besar kecik semua dah rasa. HE HE. Seminggu, 2 minggu lepas kahwin masih rasa tak percaya diri sendiri dah menikah. Asyik dok ulang kat suami, "macam tak percaya je kita dah kawen kan?" sampai pakcik tu dah malas nak layan >___<

Saya tanyakan pada suami, apa perasaan beliau ketika berjabat tangan dengan imam untuk dinikahkan? Cerita beliau; dari awal (masa sampai rumah saya) nervous ringan-ringan aje, boleh sembang dan gelak-gelak lagi dengan member-member. Tapi tiba je waktu imam genggam tangan, zuppppp berderau darah naik sampai atas kepala. Nervous bukan kepalang tak tahu nak describe macam mana.
Saya tengok balik video detik-detik kami nak dinikahkan pun masih terasa debarannya. Padahal dah selamat pun, tak tau pasai pa masih nak berdebar. Lol!  

:: pengantin lelaki muka lega. lol! ::

We congratulate each other on that day. Saya cakap pada dia "Tahniah sebab dah jadi suami". Dia jawab "Terima kasih puan. Tahniah jugak sebab dah jadi isteri". Lepas tu masing-masing kontrol gelak. Bengong!


Masa imam masuk bilik untuk tanya persetujuan pengantin perempuan, saya tanya direct kat imam boleh atau tak saya nak keluar untuk dengar akad? Kalau korang baca entry yang lepas-lepas mesti tau how bad  saya nak dengar suami terima nikah. Itu yang berani-berani je tanya kat imam. Nekad tanya sebab kalau tak tanya langsung, kang nyesal sampai ke tua. HE HE. Lepas tanya, Imam angguk dan kata tunggu Q daripada dia. Tapi yang kelakarnya, ingatkan Q yang dia bagi tu dah selesai akad. Sebab time dalam bilik saya dah dengar suara suami jawab akad. Sekali tu, percobaan daa... Ada pulak sesi testing-testing :p


Saya keluar dengan persepsi "ohh dah selamat nikah" itu yang duduk dekat gila, padahal belum selamat lagi. Kah kah kah. Hajat asal, kalau dapat duduk jauh pun takpelah sebab just nak dengar suara suami time akad. Sekali tu, imam bagi duduk sebelah.  Saya anggap itu rezeki. HE HE HE



Ya Allah,
Rahmati dan berkati penyatuan ini hingga ke Jannah. 
Amin.

8 comments:

Cik Tqah said...

congrats n jeles bleh x.. dais cun..baju cun..haishh

mrs.ecam said...

suweetnyer...aku tngk pong leh rs lg debaranyer...ms aku dl la yek...hikhik...tahniah lg skalii.....

Unknown said...

kalau dgr cerita psl nikah, i'll get teary easily. sebab i'm sure that moment was something you've never tot you'll be experiencing it, not until the day itself. happy for you dear! :) Congrat insyaAllah..

Kak Lia said...

tahniah cik puann....hehehe...pengantin comel

Oyis said...

tahniah cikchelsea. sweet photos!

cc said...

cik tqah,
jeles? toksahhhhh. konsep kawen i simple sajork (dan jimat cermat of course! haha)


mrs.ecam,
ecehhh, dan2 kau pulak yang mengimbau kenangan silam ya? :p


unknown,
exactly!
thanks for the du'a :')


kak lia,
hehe..thank you


oyis,
auwww, thanks

Yantie Azan said...

flashback..oh dulu aku nikah kat surau memang la dekat2 dan dapat dengar..keke..
oh sama la married after 7 yr kawan-kawan..;)

Tahniah sekali lagi..berkekalan dan rukun hendaknya rumahtangga..;)

Beebee Marfieza said...

Hang memang sempoii nooo... kami suka.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...