28 Jun 2012

The Wedding Dress

Wedding dress aku hanya ada 1 sahaja. Itulah baju nikah. Itulah baju sanding. Aku memang dari awal-awal lagi tak mahu membazir buat 2 pasang baju sebab nikah dengan sanding beza 2 jam je. Nikah pukul 10, sanding pukul 12. Kejadah aku nak tukar baju bagai kan? Ingat cerita wayang Hindustan ka? Koserrr mak.

Baju nan sepasang inilah yang aku tatang bagai minyak yang penuh (bluwek). Inilah yang aku hadap siang dan malam, siapkan jahit beads, almost 2 weeks jugaklah nak siapkan. Ehh tapi 2 weeks tu termasuk veil sekali :D


Sebenarnya ada isu sikit pasal baju kawen aku ni. Masa 1st time tengok beading yang tailor buat kat bahagian leher tu, aku punyalah tak suka. Rasa nak memekikkk sebab lain yang aku mintak, lain yang tailor buat. Pffttt. Aku ada tunjuk gambar kat tailor baju yang aku nak. Dia kata boleh buat exactly macam tu. Baju yang aku tunjuk tu by Qudyn. Tak mampu uols nak hire beliau, maka aku pergi kat tailor biasa sajork *sedar diri*

Aku tak suka (sangat tak suka!) beading design yang dia buat kat leher tu tapi kalau nak bukak dan buat lain, tailor charge extra rm150. Ewah bukan salah aku, aku pulak yang nak kena bayar lagi? Banyak chantek muka kau kan? Discuss punya discuss, tailor setuju untuk buang beads kristal yang aku tak suka tu, ganti dengan pearls.Hasil selepas di alter? Walaupun tak 100% memuaskan hati, aku pasrah. Terima ajelah nak buat macam mana.

Aku tambahkan pearls kat bahagian bawah baju, lengan baju dan kain. Jahit secara random, asalkan penuh. HA HA. Jahit beads sendiri ni memang aku gamble je. Tak pernah-pernah cuba jahit beads, tetiba nak jahit kat baju kawen sendiri. Confident gila je. Lol!



Material used:
6 meters soft plain chiffon rm180
5 meters soft satin (for lining) rm60
1 meter border lace rm135
Total rm375

Cost for material rm375 + cost for tailoring rm780 (upah jahit baju, patching & jahit manik kat leher) + cost for beads (beli sendiri) +/- rm50
Total cost rm1,205.00

Sedikit tips:
Nak hantar baju kat tailor OR designer sudah tentulah ada pros and cons. Pilihan ditangan anda. 

Kalau macam designer, depa boleh tolong pilihkan material apa nak guna, etc. Kalau tailor, material kena pilih sendiri. Tapi AWAS! Tak semua designer boleh deliver dengan baik. Yang mahal tak semestinya bagus. Ngeri aku baca blog mantan B2B yang baju kawen mereka dimusnahkan oleh seekoq sorang designer ni. Ada nama, tapi kualiti kerja hancus. 

So, pandai-pandailah pilih, kalau tak sia-sia korang laburkan duit hire designer tapi end product macam baju askar pencen. Ehh? Sama jugak dengan tailor, carilah yang dah well establish and please please please tengok dulu workmanship tailor tu macam mana. Ada tailor yang ambik upah murah tapi baju tak sedap dipakai. Get it? 

Kalau nak lagi jimat, sewa aje baju kat bridal TAPI beware dengan kualiti bajunya. Hari tu untuk majlis bertandang, aku sewa dari bridal, so tahulah beza material baju yang digunakan. Tak dapatlah kau nak kain lembut macam beli dan tempah sendiri. Kualiti material memang lain sangat. 

Note:
Sila emel ke harlina007[at]yahoo[dot]com untuk sebarang pertanyaan berkenaan kat mana aku beli material dan tailor mana aku hantar baju. Ada sebab kenapa aku MALAS nak reveal kat blog ;)


P/S: Aku tak sewakan baju ni sebab sayang plus aku plan nak pakai baju ni lagi dan lagi lepas alter kain meleret tu HE HE :)

8 comments:

Cik Tqah said...

lawa baju..kale pon lawa.. kalau nikah hari sama memang xpayah 2 3 baju la.. hihi

Siti Fatimah said...

Nice & Sweet Baju Wedding U i like :)

Yantie Azan said...

Cantik..warna aku suka..;)
Baju nikah aku dapat pakai sekali masa pergi wedding anak owner company ni..tak sangka muat tu pun masa sblm mengandugkan Imran..jadi sementara muat manfaatkan sepenuhnya baju tu..;) lagipun ada buatan sendiri kan..bangga sikit disitu..;p

Kak Lia said...

makan kena jaga...kena menten kalao nk pki lagi dan lagi..kekekee...amfunn.....
baju nikah akak ngn baju sanding pun buat sndiri..tp smua dah hancuss.....err,,,18 taun dah kan..hahahaha

Has said...

cantikla bj awk ni...iye jg bg sewa/pinjam. nnt jd mcm akak..ke sudah selendang/veiltak dipulangkan :(

cc said...

cik tqah,
memang itulah tujuannya buat sehari je. senang pun iya, penat sehari je hehe


siti fatimah,
thanks kak siti! :)


yantie,
ni yg gigih berpuasa dgn harapan yg menggunung nak sarung balik baju kawen masa raya nanti. ahahahaha


kak lia,
akak patut awetkan baju tu kalau tak mau bagi hancus kiki :p


has,
saya paling pantang org yg pinjam barang org lain tp tak reti nak pulang @ buat reta sendiri

Cheida_Mymee said...

akak amik abg razali snap pic kan?? sy slalu tgok pic kak dlm blog dia suka patern baju akak cntik nice simple :)

Norazira Ismail said...

Salamm.. singgah..

sweet tengok baju u.. simple n nice.. Boleh taw tak., nak cari kain plain chiffon n border lace tu dekat mane.. hehe...

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...