18 Jun 2012

The wedding shoes & bantal nikah

Ingat tak aku pernah post pasal kasut kahwin? Ada 2 entree which was selepas aku beli that kasut and another post pasal aku nak let go kasut tu sebab it didn't match my wedding outfit. Warna lari habis!

So aku pergi beli kasut lain menggantikan kasut yang tak matching tu. Sama brand; Primavera. This time beli warna putih sebab ikut tema majlis.

 
:: taken from Razali's instagr.am ::

Heels nya tidak setinggi kasut yang aku salah beli tu. Mujur beli yang tak berapa tinggi sebab time berarak tu naik bukit, tak dapat ku bayangkan kalau tergolek akibat heels tinggi sangat. Confirm jadi buah mulut sepanjang hayat. HA HA HA HA HA.

Aku tambah rose bud 2 ketul on each shoe. Saja gedik HEH. Sib baik jadi lawa la jugak :p
Kasut ni tak berapa nak praktikal sebab macam very lacey kan? Kalau nak pakai kasual memang tidaklah. As for now, simpan balik dalam kotak and simpan bawah katil. Tak tahu bila nak pakai lagi.

Bantal bulat dalam gambar tu pun DIY jugak sebab aku tak dapat nak sewa bantal nikah daripada bridal. Call 1 bridal, bantal takde yang available. Call lagi 1 bridal, tak jawab. Lastly, aku rembat 2 ketul kusyen lama kat rumah untuk aku jadikan bantal nikah. Bukak sarung lama (dan buruk HA HA) dan aku sarungkan dengan kain jersey warna dark purple. Mintak tolong kakak aku jahitkan. Rantai pearl keliling bantal tu adik dan abang aku punya idea. Dorang berdua mengerjakan bantal tu Jumaat malam tatkala aku dah terlelap time tunggu inai kat jari kering.


Tapi time duduk nak nikah tak guna pun bantal tu. Kami duduk atas kain bulu-bulu putih yang sepatutnya jadi tempat letak hantaran. Walaupun tak ikut plan asal, aku gumbira sebab time nikah dapat duduk sebelah husband ngahahahaha! Dasarrrrrrr :p

3 comments:

Cik Tqah said...

cantik kasut.. nk tiru idea tampal rose bud jugak la..hihihi

MyZsZs NOoR said...

Sweet sangat kasut tu!!!

Fina fiona said...

cantiikkk kasuttt...(^_^)....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...