26 Jul 2012

2 mimpi pelik

Mimpi 1:
Aku dapat mimpi tentang wanita yang diazab dalam neraka 2-3 bulan before kahwin hari tu. Apa yang aku mimpikan? Wanita yang sedang direntap rambutnya (rambut panjanggggg) ke atas. Kaki dia terkapai-kapai mintak diturunkan semula. Menjerit-jerit wanita itu mintak dilepaskan daripada azab. Dia menjerit mintak tolong pada seorang lelaki (aku syak suami wanita tersebut, boleh jadi bapanya juga) tapi lelaki tu tak boleh buat apa-apa sebab kaki dan tangan dia dipasung. Dia hanya mampu tengok wanita itu sambil mengalirkan air mata sebab dia tak mampu nak tolong. Bila aku cerita mimpi ni pada emak, dia cakap itu mungkin gambaran wanita yang tak mahu menutup aurat semasa hidup. Wallahualam.

Serius aku takut. Walaupun mimpi bukan diri aku yang diseksa, tapi aku dapat rasa seksaan yang dirasai wanita tu. Azab sangat tengok dia melolong sambil terkapai-kapai. Nauzubillah. Bila terjaga daripada tidur, aku terus istigfar panjang. Berpeluh-peluh satu badan lepas tersedar daripada mimpi. 

Mimpi 2:
Minggu lepas (sebelum puasa) dapat mimpi aneh lagi. Aku rasa macam aku 'nampak' dunia nak kiamat. Bangunan semua runtuh. Manusia lari lintang pukang. Masa tu aku berada dalam 1 bangunan. Dalam mimpi tu tak putus-putus aku mengucap dan berdoa mintak Allah selamatkan aku. Bangunan tu runtuh, tapi ada yang terselamat termasuk aku. Syukur. Pendekkan mimpi, keluar amaran yang bangunan akan runtuh lagi dan mintak kami semua lari tinggalkan tempat tu. Tapi entah macam mana aku memilih untuk stay situ bersama beberapa orang. Part paling sedih, bila emak dan kakak aku datang ajak aku pergi, aku tolak. Aku cakap "takpe mak, saya nak tinggal sini solat jemaah dengan dorang" (sebab masa tu orang-orang yang tinggal tengah membentuk saf nak solat beramai-ramai). Time tu aku baru lepas amik wudhu' dan tengah siap-siap pakai telekung. Lepas siap pakai telekung, aku peluk emak dengan kakak aku sambil mintak maaf sebab tak dapat ikut. Lepas tu dorang pergi dari situ.

Mimpi tu habis kat situ je. Bila terjaga, hati aku rasa sayu je. Mimpi yang ke-2 ni aku memang ingat aku ada wudhu' waktu nak tidur dan mimpi ni datang sebelum Subuh. Mimpi yang pertama tu tak ingat bila. 

Fikir positif, bagus juga mimpi-mimpi aneh ni datang singgah jadi mainan tidur aku. At least boleh buat aku berada di atas 'landasan' semula bila mana diri aku lupa.


P/S: Aku share ni bukan nak poyo-poyo ke apa. Sekadar kongsi. Nak percaya ke tak nak percaya ke terpulang.



5 comments:

Cik Tqah said...

pas baca yang u share ni siyes i rasa seram sejuk.. huuu.. thanks for sharing.. kadang 2 petunjuk diberi pelbagai cara kann

Kak Lia said...

sama2 kita berusaha menjadi wanita yg sepatutnya.....tq..sbb share mimpi ni....

Fyka said...

tq 4 sharing,insyaallah sama2 kita berusaha menjadi muslimah sejati.

miss she said...

tq for sharing...

~ As ~ said...

patut rasa bersyukur sangat dapat peringatan mcm ni, kadang2 kita ni memang lupa. *akulah tu*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...