17 Jul 2012

Bertemu di padang futsal lantas ku jatuh hati padamu

Rujuk tajuk - itulah kisah kami yang DIREKA-REKA oleh DJ masa majlis bertandang hari tu.

Aku pissed off sebab:
  • DJ membosankan tahap nak tarik rambut bila dengar dia bercakap
  • DJ salah sebut nama aku berulang-ulang kali. Walaupun adik aku dah perbetulkan, dia tetap sebut salah. Plus, padahal dia pegang kad jemputan depan mata!
  • DJ memandai-mandai reka cerita pertemuan kami. Totally salah. Dah tu, siap bagitau guest tempoh perkenalan kami ialah setahun lebih.

KEPALA HOTAK dia!

Memang aku takkan rekemen la mamat tu kat sape-sape. Takde effort langsung nak tanya pengantin sendiri macam mana kenal or dah berapa lama kenal. Aku tak tahulah dia dapat cerita tu daripada siapa. Kot ada family members yang bagitahu cerita tu kat dia, wallahualam. Tapi tak logik, takkan family bagitahu cerita salah?

Whatever. Majlis dah selesai pun. Tu sebab aku malas nak guna banyak vendor. Kang ada yang tak betul, sendiri sakit hati
-___-"

Majlis belah aku takde DJ. Takde pasang lagu. Takde karaoke. Tapi tetap meriah. Riuh.

Senang nak bersembang dengan tetamu. Tak perlu nak terpekik-pekik bila bercakap. Aku tak suka karaoke sebab pada aku memekak. Dapat pulak kat orang tak sedar diri suara tak sedap tapi sibuk nak menyanyi. Tak ke hati kau sakit macam tu?

Aku rasa wedding kat rumah aku je yang takde DJ dan pasang lagu. I'm totally OK with that! :)

4 comments:

Anis_Apis said...

Wedding belah laki kat johor nnt pun prohibits semua bentuk lagu dan karaoke hihi... tp DJ cik chelsea ni berani betul reka cerita...x malu...kalau kita la, dh jegil jegil biji mata dh kat dia hehe

Kak Lia said...

mmg buat sakit anak telinga je kalau dpt DJ meraban ni....

Cik Tqah said...

nnt wedding i pon xde sume tu..hihi

miss she said...

pun tak suka majlis yang ada karaoke n dj yang tak sedar diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...