15 Sep 2012

DIY project: payung pengantin


Hajat di hati nak pakai payung lace, tapi apakan daya payung lace dah naik harga tahap merepek dan tak berbaloi untuk dibeli. Just imagine, aku survey payung tu sejak tahun lepas harganya cuma rm40, tahun ini menjadi rm75 (seunit mind you). Apa tak gila sebatang payung harga macam tu? Terus cancel. Alternative please!

One of the reason aku nak payung lace sebab warnya putih. Tak nak payung warna lain please. Lepas tu kan tangkai pemegang payung lace tu kale light brown, aku suka. Boleh reason camtu? Tak relevan langsung.

Lepas dah decide that I'm not going to spend much on payung (less priority weh!), aku pun carilah alternatif lain. Kebetulan nampak payung putih ni masa cari barang kat City One Plaza, terus plinkkkk idea datang. Aku ada jumpa payung warna putih with light brown handle tapi kerangka payung tu kayu, aku tengok macam tak kukuh je. Kang pakai sekejap dah jahanam. Terpaksalah beli yang kale putih with handle besi yang berkale besi (apakah?)

Aku beli kat kedai auntie India kat ground floor City One Plaza. Namak kedai jangan tanyalah memang aku tak tengok langsung HA HA HA. Ohh by the way kedai auntie ni ada jual cotton lace (full lace ala-ala french lace tu) cantikkk. Aku hampir-hampir sangat nak terbeli, tapi istighfar banyak-banyak sebab tak masuk dalam senarai pembelian langsung.

Payung putih yang aku beli tu sekaki harganya rm10.00 sahaja. Silalah bukak 1-1 dan pilih yang bersih. Settle part payung. Now, nak deco pulak. Last minute (2 days before the wedding) aku meronda Jakel Batu Pahat untuk beli kain for backdrop pelamin, bench, skirting meja dan manik jurai. Harga asal manik jurai tu rm7.00 per meter kalau tak silap dan aku dapat rm4.50/rm5.50 per meter lepas tawar-menawar. Sib baik budak SA tu boleh lebih kurang HE HE :D

Aku beli 7 meter ngam-ngam untuk 2 bijik payung. Puas hati dapat buat sendiri (masih mengekalkan konsep jimat selagi boleh :p). Boleh turunkan kat adik aku time dia kawen nanti and I bet dia pun tak mau pakai bridal jugak, percayalah. Err, I think adik beradik aku yang perempuan kahwin memang takde hire bridal kot sebab semua baju tempah sendiri. Pelamin je sorang daripada kakak-kakak aku pernah mintak tolong jiran sekampung buatkan. Hire from head to toe, meja makan dan bilik memang tak pernah. Abang aku yang kawen 4 tahun lepas tu jelah kot yang amik full package dari bridal. Irony, no? HEH.


P/S: Payung aku putih bersih plus manik jurai takde yang dah tercabut sebab first hand guna. Payung yang kitorang dapat masa majlis bertandang kat JB dah uzur oii, kesian sangat Mak Jemah menengoknya -__-"


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Cik Tqah said...

I pon diy my payung..hihi

orked violet said...

eh!cantek sangat Lah. serious tak er-pk psL payong, skang nk masok dLm List! huhu

Salam knaL..saye foLLower br bLog awak =)

sya-orked.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...