13 Sep 2012

On that wedding day: Hantaran

Aku dah pernah post pasal hantaran, secara details. Boleh baca (kalau nak) dalam entry ini. Gambar pun tak semenggah, al-maklumlah snap guna iphone generasi ke-3. Manakan sama dengan gambar dari kamera mahal milik OP.

Jamu mata melihat gambar sajalah sebab cerita di sebalik hantaran hasil kerja (keras) tangan ini sudah pun diceritakan dalam entree yang berkenaan. (sebenarnya mengelat malas nak taip banyak). Tulis di mana aku beli barang-barang tersebut sahajalah. Selagi masih ingat supaya nanti bila anak-anak tengok gambar-gambar ini, aku boleh jawab. Maklumlah, nanti tua mesti banyak perkara lupa :p

Sajadah & Al-Quran, Jalan TAR dan Jalan Masjid India

Kemeja & jeans, KLCC

Set wangian, Sogo KL

Wallet & tali pinggang, Sogo KL

Kasut, Jusco Tebrau

Buah-buahan, Econsave Yong Peng :P

...yang ini tidak diletakkan dulang kerana bukan hantaran. Hanyalah buah tangan untuk membalas buah tangan daripada keluarga pengantin lelaki yang membawa sebakul buah-buahan, sebiji kek fondant dan sekotak kek cawan fondant cantik-yang-ohh-sayangnya mahu dimakan. Tapi dibaham jua oleh anak-anak buah aku yang kemudiannya hyper akibat kandungan gula berlebihan dalam badan.

Hiasan bakul buah-buahan ini dikerjakan oleh salah seorang BFF dan 2 orang kakak aku menggunakan lebihan bunga dan accessories hiasan hantaran yang tinggal. Pagi hari majlis baru depa buat. Aku manalah ada masa nak fikir bakul buah, aku cuma fikir nak dimekap supaya kelihatan cantik dan tak sabar mahu dinikahkan dengan suami. KAH KAH KAH.


Frame, IKEA. Rantai, Ampang Point

iPad, online store

Set wangian, US*

Handbag, Paris*

Kasut, Rome*

*hasil kiriman. 
Gila ke nak pergi tempat-tempat tu dengan sendirinya? 

Sesi cerita bergambar tamat. Boleh bersurai sekarang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...