30 Oct 2012

Anak buah, bukan anak sendiri

Walaupun anak buah aku ramai, tapi yang sorang ni special case. Aku jaga dia macam anak sendiri. Aku mandikan. Cebokkan berak. Buatkan makanan. Suapkan makan. Bagi susu (botol). Tidur pun dengan aku. Daripada umur dia 6 bulan hari tu masa start jaga, sekarang dah nak masuk 8 bulan. Daripada belum ada gigi, sampai dah tumbuh gigi 2 batang. Masa 6 bulan tu, nak dengar dia menangis sikit punya payah. Sekarang? Dah banyak ragam. Dah pandai mintak perhatian. Nak manja. Latest, dah sibuk nak berdiri. Pegang tepi kerusi, kalau ditatihkan wahhh sukanya! Nak mentatihkan dia tu yang tak larat -__-"

Tentu akan ada yang kata, anak buah tak sama macam anak sendiri. Untuk orang yang bercakap tu mungkinlah. Tapi si bobot ni aku memang jaga macam bela anak sendiri. Pakkal (mujur?) je susu tets belum ada, kalau tak aku dah bagi. Kesian dia, membesar tak merasai nikmat susu ibu. Sobs. Kalau dia teriak teruk, paling sedih bila dengar dia sebut "Mam-maaaa" T____T. Kalau dalam bilik tidur ada nyamuk, aku sanggup hidupkan lampu tunggu nyamuk datang nak lepukkk daripada biarkan si kecik ni kena gigit.

Hobi terbaru adalah mengeluarkan bunyi-bunyian yang comel. Mulut becok, celik mata je senyum kalau orang bagi salam lepas tu terus ajak borak. Kalau takde orang layan, start lah merengek. Husband adalah orang yang paling sabar kalau jaga dia. Kalau aku start geram bila Essandra cranky, husband mesti akan cakap "jangan marah budak...". Tapi husband orang pertama yang akan lari jauh-jauh kalau Essandra poo-poo. Dia kata "Berak busukkk. Dah la busuk lepas tu ketawa-ketawa, ehh geram betul" LOL!

Essandra tidur lasak. Kalau tidur dengan kami, mesti dia bagi sepakan percuma kat husband. Aku tak tau apsal asyik husband je yang kena. HA HA.

Mungkin dia tahu diri dia siapa, jaga dia tidaklah sesusah mana. Kalau bagi makan, dia makan je tak memilih. Her current fav veggie adalah brocolli and carrot. Kalau nasi + ayam/ikan campur sayur tu mesti dia makan banyak. She loves salmon too. Good girl!


:: Buat muka cute padahal baru lepas teriak sebab tak mahu bukak baju ::

Sepanjang aku jaga (kejap-kejap) dalam tempoh 2 bulan ni, Alhamdulillah dia takde demam. Lepas inject takde deman. Even teething pun tak demam. Syukur.


P/S: Tak rugi jadi manusia yang tak lokek kasih sayang

2 comments:

Nor Azura Mohamad said...

ko jaga anak buah ko? parents dia?

Dr.Senbe said...

i want to like this. where's your like button??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...