19 Oct 2012

"Awak nak tahu tak? Kita kan tak kawan dengan dia tau"

Siapa ingat dulu masa kecik-kecik ada 1 'permainan' yang dinamakan "main tak kawan, tak kawan"? Pernah main? Aku tentulah pernah! Start main sejak masuk darjah 1 sampailah darjah 4 kalau tak silap. Masuk darjah 5 dah kenal dunia (sikit), otak macam ala-ala dah keremajaan dah main permainan lain pulak. Main suka kat budak lelaki :p

Main tak kawan, tak kawan ni senang je. Contoh: aku ada beberapa orang kawan bernama Aminah, Mei Ling dan Geetha (nama standard dalam buku teks HA HA). Pastu berlaku perselisihan faham kecil di antara aku dengan Aminah. Aku tegur Aminah macam biasa tapi at the same time aku sebenarnya tak kawan pun dengan dia. Tak paham? Camnih, aku bagitahu kat Mei Ling dan Geetha "Awak nak tahu tak? Kita kan sebenarnya tak kawan dengan Minah tau. Kita kawan dia olok-olok je. Awak jangan cakap dengan dia tau?" or tetiba je tanya kat 2 orang lagi tu "Awak kawan dengan Minah tak? Kita tak kawan dengan dia tau. Awak pun tak payahlah kawan dengan dia" Kiranya aku sebenarnya bermuka-muka je depan Aminah, padahal aku tak kawan pun dengan dia. Tapi haru juga bila tak pasal-pasal Mei Ling dan Geetha ikut sama tak kawan dengan Aminah. Padahal si Mei Ling dengan Geetha tu tak tahu apa pun sebenarnya. Tadah telinga je dengar tapi terikut sama tak kawan dengan Aminah. Tak ke aku dah jadi batu api namanya? -___-"

Tapi budak-budak manalah ada yang selisih faham lama sangat kan? Nanti lepas beberapa hari, dah baik semula. Datang jumpa baik-baik, cakap "Kita minta maaf tau Minah, sekarang kita kawan betul-betul baik, ek?" Lepas baik tak payah tunggu lama, bunyi loceng rehat je masing-masing lari pergi kantin chop tempat ramai-ramai sebab nak makan saing! :)

Bila dah besar (dan dewasa) ni aku ingat dah tak akan jumpa situasi macam dulu. Rupanya tak. "Kau kenal si polan? Alahhh si polan yang dot dot dot tu. Loratnya bukan main! Tak payahlah kawan dengan dia bla bla bla...". Yang dengar samalah macam Mei Ling dan Geetha, mungkin cuma tadah telinga tapi ada juga yang termakan hasutan si batu api. Masih ada juga orang dewasa yang rindukan zaman kanak-kanak. Mungkin tak puas jadi kenak-kanak sewaktu kecil dulu? Mungkinlah.

Jarang sangatlah ada budak yang berdendam tak tentu hala. Marah pun sekejap aje. Paling tidak pun, kalau jumpa balik kawan masa kecik bila masing-masing dah dewasa ni dan ingat balik cerita lama, masing-masing akan ketawakan kebodohan sendiri. 

Childhood memory! :')

P/S: Teringat balik zaman sekolah dulu, main chop tiang, galah panjang, lubang tikus, etc. Budak sekarang ada main lagi ke permainan-permainan macam tu?

2 comments:

Cik Puan Tqah said...

betull.. rindu zaman kanak2..dah tua ni kalau nak wat perangai cmtu..mesti buruk kannnn

Encik H said...

erkk..hahaha..kebetulan malam ni cadang nak buat entry main tak kawan, tak kawan..saje google nak tengok ada org lain buat ke tidak..rupanya ada..kehkeh

best pe main tak kawan, tak kawan nih..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...