23 Oct 2012

Biar betul?

Ada yang ingat aku serius? (merujuk entry lepas). Koserrr sangat haku!

Kerja. Jaga anak. Being pregnant. Penat I must say. Banyak lagi benda berfaedah aku boleh buat daripada merempan tak bertempat. Ehhh...??

Budak bobot ni pun dah banyak ragamnya sekarang. Mulut dah becok, start bercakap "ba ba ba...pa pa". Kalau marah sebut "M". Aku pun tak tahu M tu apa. Asal dia macam tak puas hati je keluar "M". Cute! :D
Kalau suap makan, lambat sikit dia punya meronta ya ampun. Buruk benau anak dara pe'el gitu T___T


Susahnya nak suruh nap petang. Selalunya kejap sangat tidurnya, tak sampai sejam dah bangun. Lepas tu nanti pukul 4-5 start la cranky. Ada 1 malam tu, dia mengantuk sangat-sangat tapi menahan mata tak mahu tidur. Aku geram, aku pass kat husband suruh husband yang layan. Aku penat. Husband aku baringkan kat tilam, bagi botol zasss ketiduran. Nasib baiklah comel, walaupun meragam tak sampai hati nak marah. HEH.

Raya haji ni nanti bawak dia balik kampung lagi. Ummi dia beraya kat office. Baju raya dah belikan tapi sebab tak sabar, aku dah pakaikan weekend lepas kakaka :p

My SIL selamat melahirkan anak kedua minggu lepas. Baby boy. Kejap je dia sakit, awal pagi contraction, pukul 1.00 petang dah selamat. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Sempatlah emak aku tengok cucu terbaru dia before berangkat ke Tanah Suci hari tu.

(gambar cilok dari FB kakak aku)

Say HELLO to Kareem! :D
Hidung dengan mata sebijik Kazim. Muka banyak ikut mommy tapi Chinese look tu masih ada. Belum berkesempatan nak tengok lagi. Soon, OK Kareem?

Bertambah dan makin besar family aku. Tahun depan InsyaAllah parents aku tambah 2 orang cucu lagi. Queue duit raya makin lama makin panjang :P


P/S: Aku masih berhutang entry review OP. Kalau tak review pun aku rasa ramai dah tahu he's execellent. Tapi, mana boleh tak review. Perkara baik mestilah dikongsi bersama.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...