11 Oct 2012

Lagi pasal anak

...buah aku si boolat ini. 

Petang ni akan ambil dia dari rumah Datin. Malam nanti nak bawak balik kampung sebab esok aku cuti. Yahuu! Ini kali ke-2 aku bawak dia balik kampung, kali ni memang sengaja nak bawak sebab nak consult something kat akak aku yang paed tu. 


Kot ada yang tertanya-tanya, baby ni anak kakak sepupu aku. Minggu ni aku jaga sebab umminya kebizian sebab baru start kerja baru. Kena outstation. Aku suka je kalau disuruh jaga dia sebab budaknya baik. Tak banyak ragam. Kau suap makanan, dia nganga je telan apa kau bagi. Masam ke manis ke semua ngap :p

Kakak sepupu aku ni merepek sikit orangnya. Nama anak dia bubuh panjang-panjang, nama omputeh kat tengah. Tapi nasib baiklah ada makna. Jangan nama je bunyi omputeh, muka jawa. Ha ha ha haazabbb.

Masa mula-mula aku jumpa dia dulu, umur dia 3 bulan. Kecik lagi belum reti nak main dengan orang. The next time kakak sepupu aku bawak balik, dah 6 bulan. Time tu dah banyak keletah, sampailah sekarang dah masuk 7 bulan. Seronok weh main dengan dia sebab kalau dia ketawa suara macam chipmunk. Dah tak reti duduk diam, sekarang ni lagi dah pandai naik atas kepungan bantal. Memang dah tak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan. Hari tu aku tinggal kejap pergi bilas baju, bila aku datang balik badan dia separuh dah masuk bawah sofa -___-"

Minggu lepas aku dah start bagi dia makan solid foods. Buat fruits and veggie puree campur ikan/ayam untuk protein. Nanti aku try amik gambar time dia makan. Kalau puree yang ada tomato tu berkerut-kerut dia makan tapi tatappp telan. Dasar kuat makan lol!


P/S: Baru ada anak buah aku dah gila belikan macam-macam baju, esok anak sendiri keluar merasalah...

1 comment:

Yantie Azan said...

wah! siap live training dulu sebelum anak sendiri keluar..cayalah..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...