5 Oct 2012

On that wedding day: Go with the flow

*Entree dah lama terkepam dalam draft, nahhh ambiklah buat hiasan muka depan blog sampai beberapa minggu :P*

The event flow was decided by me and ada sikit campur tangan my family. Siap buat row call hari jumaat pagi kat dapur, dipengerusikan oleh salah seorang kakak aku dan setiausaha yang mencatat minit pula ialah adik aku. Namun begitu, adik aku terpaksa dipecat daripada jawatan tersebut kerana tidak mempunyai short hand skill.

Aturcara majlis:

1. Make-up at 7:30am until 9:30am


Amal sampai around 7:50 and terus dia cakap "jom cepat, nanti tak sempat siap pulak" kekeke. Aku boleh pulak terhegeh-hegeh meronda dapur bagai. Saparan dulu uols! Kang kebulur nak tunggu waktu makan biadap beradap pukul 12 lebih.

Then around 8:15am, Razali came and terus shoot aku make-up. Sempat borak lagi dengan abah aku kat bawah bukit rumah. Sib baik dapat meloloskan diri, bapak aku kalau diajak borak kau bagi 4-5jam pun bolehhh.


2. Ketibaan rombongan pengantin lelaki at 9:30am



Masa sebenar mereka sampai ialah 9:45am. Yeayyy, tak lambat! Tak sia-sia aku pesan tiap-tiap hari kat suami. siap ugut, "kalau lu lambat, cancel nikah" boleh gitu? 

Sporting gila kawan-kawan husband aku, semua sanggup pakai baju Melayu dan jadi tukang angkat dulang hantaran as requested by me :p


3. Ketibaan jurunikah at 10:00am



Imam sampai pukul 10:15am, lewat sikit sebab pengantin lelaki kat rumah pertama yang beliau nikahkan datang lambat. Siap update kat suami aku through Facebook "maaf ya pengantin lelaki di Yong Peng sampai lewat" LOL! It's OK, lewat 15 minit masih boleh dimaafkan dan tidak terlalu mengganggu kelancaran majlis.



Ini masa dapatkan persetujuan pengantin perempuan dan abah mewakil-walikan jurunikah. Imam baru lepas tanya aku setuju ke tak nak dinikah dan dikahwinkan? Laju je aku jawab "setujuuuuu..." hence the muncung-ness KAH KAH KAH.

4. Nikah ceremony at 10:30am


Masa nikah aku tak ingat pukul berapa, most probably 10:45am kot. Maafkan saya tuan imam, saya duduk terrrrdekat sangatlah pulak dengan (bakal) suami, ingatkan time ni dah sah jadi suami. Hahahaha.


Dah lepas doa dan selawat dan salam peluk cium semua orang, duduk kejap untuk sesi cakap-cakap. Ucapan dari family sebelah lelaki yang menjemput keluarga aku ke majlis tandang. Lepas tu abah pulak bagi ucapan.


Masa terima mas kahwin dan rantai, just salam cium tangan je sebabnya aku memang tak mahu pakai rantai depan orang. Dah macam orang India kahwin pulak rasanya kalau dibuat. Gambar kat atas ni pun posing je, bukan pakai betul-betul :p. Posing dalam bilik ketika kaum keluarga dah menjamu selera atas suggestion photographer.

5. Kompang dan sesi bergambar at 12:30pm


Cepat 15 minit daripada waktu yang dirancang. Sempat update twitter & facebook sementara menunggu pengantin lelaki sampai. Hahaha! Tahi twitter? :p (muka tak boleh blah serius nak mamps!)

Bride's maid memayungkan diri sendiri, apa kes? -__-"


Kesian pengantin lelaki jauh jugak berarak dari simpang kampung di bawah terik matahari. Sekali seumur hidup, gasak lerr. Aku rasa masa berarak ni aku dah jalan slow gila tapi still lepas tu ramai yang kata "pengantin jalan laju". Adoihhh.

6. Sesi bergambar


Bergambar dengan family pengantin lelaki & kawan-kawan je dulu. Aku suka gila cara Razali kerja sebab dia ikut flow pengantin. Certain OP, pengantin yang kena ikut dia. BTW, untuk memudahkan Razali bekerja aku dah emelkan kat dia event's flow awal seminggu kot. 

Family aku punya turn bergambar dah petang, around 3 lebih sebab masa tu semua orang dah tak busy. Tapi nak bagi cukup corum makan masa jugaklah sebab family aku ramai wehhh. Kang baru nak posing, terkedek-kedek si kenit anak abang aku datang. Pastu dia macam termalu-malu semua orang tengok dia ha ha. Kelakar gila kalau ingat balik :D

7. Makan beradap at 1:00pm


Sharp on time. elok je habis abah baca doa, tak lama lepas tu azan. So takde la majlis kitorang tu mengganggu laungan azan Zohor yang berkumandang. Lama jugaklah lepak kat meja makan ni sebab dah takde apa yang nak dikerjakan dikejarkan. 

Settle makan, masuk dalam rumah amik gambar lagi dengan kawan-kawan yang baru sampai. Banyak gila gambar dengan kawan-kawan, aku suka!

8. Acara bebas at 3:30pm


Kalau ikutkan flow asal yang aku bagi pada Razali memang takde outdoor sebab aku tahu mesti tak sempat nak solat Zohor kalau keluar bagai. Tapi perancangan Allah ta'ala tu punyalah cantik, kebetulan aku P masa hari nikah. So banyak lebihan masa, terus aku request kat Razali nak buat outdoor photoshoot. Lepas suami siap solat, lepak-lepak, around pukul 4 kami gerak ke Sawah Sagil untuk outdoor.

Masa pergi tu tetamu pun dah tak ramai so takde la ralat sangat tinggalkan majlis. Before pergi, sempat salam dengan guests dan orang rewang cakap terima kasih banyak sebab datang tolong. 

Sampai sawah pukul 4:30pm, habis shoot pukul 6:30pm. Penat gila weh! Berlengas 1 badan kena 'dera' dengan photographer posing sampai lebam. But it was totally FUN!


Ok, dah habis sesi cerita bergambar. Boleh bersurai? :p

8 comments:

Cik Tqah said...

sume cntik..sume diy ke.

cc said...

cik tqah,
apa yang cantik? i kw? hahahah!! ;p
yup, banyak DIY :)

zarith said...

Cantiknya pelamin...

Baju pun cantik. Sweet je

missrivebell mumun said...

suke akak punye wedding theme

sarah marjunit said...

Haha suke jgk Razali nye kje.Tp I aritu bnyk kot miss gmbar, sbb xde flow pn utk foto session.hehe xsabar nk dpt gmba..
Btw thanks utk carpet vulu putih tu, bnyk sgt gune dr majlis khatam Quran (jumaat) smpi la nikah n reception (sabtu) :)

cc said...

zarith,
thanks babe!
semua simple je :)


missrivell mumun,
mcm takde theme je? lol!
theme "hentam sajalah" kot


sarah marjunit,
i rasa sbb tu penting bgtau kat OP flow majlis kot? so that dia tau nama nak pergi, or what's next? ala xpe dah selamat pun. confirm gambar meletops punya! ;)

Eda Rohaida said...

cantik la gambar..sy nk contact no photographer akak bole tk?

cc said...

Eda,
U blh tgk website dia mohdrazali.com

Emel kat dia dulu k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...