29 Oct 2012

Raya Haji paling bosan jatuh kepada tahun ini

...sebab Jah Mon takde kat Malaysia. Beliau ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji bersama-sama kakak aku. Before berangat hari tu, Jah Mon pesan suruh aku balik kampung, "Kalau boleh balik, baliklah... Pagi raya tu nanti buat doa selamat. Mintak abah baca." Part balik tu, OK settle. Part doa selamat tu, ampun mak...doa makan je yang kitorang selamat baca. Takde orang balik kampung derr raya haji hari tu. Aku, husband dan adik aku je yang balik kampung. Kakak-kakak dan abang-abang aku ramai yang mengelat balik rumah mertua dan ada yang tak balik atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Cehhh, memantang omak takde.

Gerak lambat dari JB so jalan dah jem. Lama jugaklah atas jalan dari pukul 6:15 petang, sampai kampung 8:15 petang. Dua kali ganda waktu perjalanan hari biasa. Balik rumah, mandikan anak dulu sebelum start masak. By the time pukul 11, aku dah lepak macam apa. Mata dah berat je tak boleh nak bukak. Pagi raya baru aku sambung masak. Malam tadi siap potong-potong je, dah tumbang atas tilam. Sib baik tak perlu nak masak banyak.

Plan asal nak masak nasi jagung je, tapi disebabkan pakyong (read my husband) mengidam nak lodeh, terpaksalah makyong melodeh di pagi raya. Aku yang pregnant, dia yang ngidam. Bleyyy? Makanlah kami 4 beranak (including abah) pagi raya tu. Aku cuma masak ketupat segera, lodeh dengan ayam masak merah je. Pagi-pagi lagi kawan baik mak aku datang hantar makanan, ada kuah kacang sekali. Selamattt aku dah tak payah masak kuah kacang seperti yang direquest oleh pakyong (lagi).

Sadis gila sebab raya paling tak meriah. Aku tengok muka kau, kau tengok muka aku. Selalunya ramaiii tak habis tengok muka sorang-sorang. Disebabkan tiada orang dan bosan, sabtu before tengahari dah chiow balik JB semula. Balik sini, shopping. Aterrr, baru gaji kate kooo.

Semoga emak selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Amin.


P/S: Gambar raya memang takdak, laki balik dari solat Jumaat baru aku terhegeh-hegeh mandi nak berposing apa bendanya? T___T


2 comments:

Nor Azura Mohamad said...

laki ko same cam laki aku..aku yg memboyot, dia plak ngidam mcm2..

orensangkuit said...

assalamualaikum,
puan chelse dah mengandung??
wah tahniah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...