30 Oct 2012

Sabar itu indah

Copied from FB:-

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

 Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. 
Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bondanya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ). 

 Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak diwaktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada TuhanNya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabinya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bondanya. 

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang diperbuatnya daripada kebaikan maka dituliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di ulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.

( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.) 

Satu lagi sebab untuk belajar dan jadi manusia yang lebih penyabar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...