16 Nov 2012

Hijrahkan diri sendiri

Bulan lepas, beberapa hari sebelum emak berangkat ke Tanah Suci, aku sempat kirim secebis nota dengan harapan emak sudi baca dan doakan bila berada di depan Kaabah. Nak tunggu diri sendiri berpeluang untuk ke sana, entah bila. Mudah-mudahan adalah rezeki satu hari nanti. Amin.

Antara yang aku hajatkan ialah, aku nak berubah supaya jadi manusia lebih matang, lebih penyabar dan lebih pemaaf. Kesimpulannya mudah,  nak berhijrah untuk jadi manusia yang lebih baik. Bukan mudah nak berhijrah dan nak ubah DIRI SENDIRI untuk jadi lebih baik dari hari semalam. Suruh ORANG LAIN berubah, itu mudah. Bermodalkan air liur saja dah boleh jadi. Cuba suruh diri sendiri?

Seminggu atau dua minggu lepas, aku dapat rasa satu perasaan asing dalam jiwa. Perasaan tenang yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Tiba-tiba aku terasa seperti aku boleh let go perasaan amarah dalam hati. Sungguh, ini bukan tipu. Mungkinkah hajat aku dan doa yang emak panjatkan telah didengar oleh Yang Maha Pencipta? Maha Suci Allah, ingin sangat aku ia benar-benar terjadi.

Teringat kata-kata seorang teman, kita tak boleh nak ubah orang lain tapi kita boleh ubah diri sendiri. BENAR. Aku hijrahkan hati dan diri sendiri. Yang lain, biarlah. Tak rugi jadi manusia pemaaf. Ganjaran besar yang tiada tolok bandingnya iaitu ketenangan. Cubalah kalau tak percaya. Simpan dendam sampai bernanah hati, lama manalah kita ni hidup? Esok, lusa belum tentu bernyawa.

Sabar itu indah. Tenang itu nikmat.

Salam Ma'al Hijrah untuk semua.

2 comments:

Yantie Azan said...

betul..bila kita sentiasa memaafkan dan redha lagi hati rasa tenang..;)

Cik.Penglipurlara said...

Semoga dipermudahkan sgala urusan dan segalahajat dimakbulkan... Ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...