1 Nov 2012

Pavlova setanding Serai di JB

Ini baru kali ke-3 aku makan pavlova. YA, baru 3 kali. Kesian. Aku bukan pemakan benda manis FYI.

Pertama, di Serai. 

Dua, di Alexis (yang kemudiannya aku tahu tak boleh makan mix fruits meringue di sana kerana mengandungi rum - iaitu sejenis alcohol pada sesiapa yang tak tahu).

Tiga, beli dari home baker di JB yang bernama Kak Siti. Testimoni aku? Sedapnya setanding Serai. BTW, Serai vs Alexis, aku prefer Serai punya pavlova. Alexis punya cream muak.


Kelmarin Kak Siti update kat FB ada buat extra pavlova. Kalau nak, sila SMS dia. Aku pun apa lagi, terus berdesup SMS dengan harapan masih ada lagi dan Alhamdulillah memang rezeki tekak. Kak Siti produce macam-macam products, yang terbaru durian crepe (durian pancake). Silalah contact kalau teringin nak makan pavlova sedap. Durian pancake aku belum berkesempatan nak try lagi. Ni link blog dia Batrisyia Delight's 

:: cuba-cuba pakai snapseed app. FAILED! :P ::

Dengan harga yang aku bayar tu, mana nak dapat kat tempat lain? Especially kat KL. Memang tak dapat derr. Dahlah buah-buahan penuh menimbun kat atas. Ya Allah semoga murahlah rezeki Kak Siti sekeluarga. Bayangkan aje kalau kat Serai tu, 1 slice je dah rm15. Kalau beli sebijik berapa ya? Ada sesiapa pernah beli?


P/S: Latest craving, nak benda-benda manis especially dessert. So not me. Current fav: ice cream especially vanilla or yang ada perisa lemon/lime. Dah la gula tinggi, tak sedar diri makan manis-manis. Kang pergi check-up nurse bising -___-"

3 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

ya allah,aku tgh cari2 kt cni sapa yg buat pav dgn doyan crepe tu.mabelessss!

cc said...

anis,
silalah. walaupun aku belum rasa durian crepe dia, aku yakin dan pasti sememangnya sedap!

ko call je dia terus kalau nak order. pantas!

nur afiqah said...

Salam sis.
Boleh bagi alamat serai n kak siti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...