10 Dec 2012

A year older

:: pic googled ::

Semalam birthday aku yang ke-27. Errrkk...27 sudaa? Terasa tua. HEH.

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk merasai nikmat hidup. Nikmat yang aku sering kali alpa.

Tiada sambutan hari lahir tapi ingatan dan ucapan happy birthday daripada suami, family dan kawan-kawan dah cukup buat aku happy. Malam menjelang birthday, suami ajak ke shopping mall (kes nak beli jiwa sebab esok dia nak pergi keluar tengok bola dengan kawan) dan menggembirakan hati si isteri ini dengan membenarkan beli cadar organic cotton yang lembut dan gebunya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata di Aussino. Disebabkan on birthday month, members dapat 40% off on normal price items, maka bukan setakat cadar yang aku beli, tuala, sarung bantal dan tuala baby aku angkut sekali. Pulang weh peluang, jangan dilepaskan kih kih kih. Walaupun membeli-belah barangan yang berkonsepkan makcik-makcik, aku gembira tidak terkata. He he.

Kemudian makan malam berdua pada jam 11:00. Hah, pukul 11:00 malam menghadap seekor ikan siakap stim limau yang bersize besar dan super lazat berhampiran rumah. Terima kasih suami sebab belanja makan. Belanja makan, belanja shopping. Terbuai-buai perasaan aku sebagai isteri. Tak perlu handbag mahal, barang kemas atau apa-apa kejutan. Punyalah senang mahu gembirakan hati seorang isteri :D

A year older, semoga aku semakin matang dalam serba-serbi. Amin.

6 comments:

Umie Aisya said...

Happy birthday babe! :)

Wahida said...

happy bufday dear...x sangka kita lahir bulan yang sama, tahun yang sama..May Allah bless you always..:)

linahilmin said...

happy birthday dik! semoga sentiasa bahagia... sampai bila2!

ps- isteri ni kalau husband balik keje hulur gula2 50sen pun dah happy dah! org kata thoughts that count!

Has Honeylanz said...

happy belated birthday cc

Dr.Senbe said...

uhahh bullshit x pyh hembeg mahal

hani noordin said...

Happy birthday :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...