28 Dec 2012

Big Bad Wolf Bookfair (review lambat, ada aku kisah?)

Orang lain buat review, aku pun #nakgak :P. Last year tak berkesempatan nak ke BBW, walaupun masa tu masih dok kat Ampang. Tahun ni punyalah gigih nak pergi, drive (OK bukan aku drive, tapi husband) all the way from JB to The Mines Convention Centre.

Before pergi tu aku gugel-lah review orang yang dah pergi sejak awal-awal lagi and mostly cakap venue tahun ni bagus. Besar dan selesa. So yeay! Menguatkan keazaman untuk pergi menjenguk (dan memasang niat untuk tidak berlaku tamak kat situ nanti).

Kitorang pergi on working days pun jem. Takdelah teruk sangat tapi still, jem. Kalau pergi last minute during weekends entah macam mana la?

:: the entrance ::

Pusing-pusing dalam hall tu sejam lebih sikit. Husband dah tak larat nak ikut aku ke hulu hilir sebab beg buku  (kitorang guna beg IKEA kale biru yang besar gabak tu) dia yang kena angkut lol! Plus, pakcik tu dah kelaparan. Mana tidak, we had brunch before keluar rumah around 11 lebih macam tu, sampai The Mines pukul 4pm tak makabn benda lain langsung. Tapi aku yang mengandung ni tak rasa lapar, maybe sebab teruja tengok lautan buku, kot? He he.

Iskkk, seriously kalau ikutkan perasaan tamak memang banyak buku aku angkut especially on cook book. Banyak yang aku belek dan letak balik. Set dalam kepala, "jangan tamak, jangan tamak. Beli apa yang perlu je". Tu pun mujurlah tak spent banyak masa kat chic lit, kalau tak jadilah macam adik aku memborong novel saja habis rm300. Tapi puas hatilah tengok hasil borongan dia, berbeg-beg. Aku pinjam jelah dia punya nanti. Keh keh keh...

:: 17 books for rm134 ::

Time nak bayar tu wonder jugak nih berapa ratuslah habis nih? Sekali tu bila total, ek eleh below rm150 je. Siling peruntukan rm200. Penjimatan besar di situ. Bangga dengan diri sendiri :P

5 books for me, 3 for husband and the rest buku kanak-kanak. Anak belum keluar dah excited beli buku. Buku tahan lama, takpe dan tak rugi melabur untuk buku :D

:: mine ::

Seketul je novel yang aku beli, the rest cook book. Cook book Jamie Oliver aku letak balik dengan harapan tahun depan kalau ada BBW lagi, beli tahun depan. Kah kah kah. Kalau lamaaaa sikit dalam hall tu, aku rasa banyak lagi buku yang aku rembat.

Overall, pengalaman yang menyeronokkan. Hall besar dan selesa. Parking pun senang. Check out counter pun laju. Jangka masa book fair pun lama, 3 minggu (9 Dec - 23 Dec 2012). Semoga next year ada lagi BBW ni :D

1 comment:

Cik.Penglipurlara said...

Oh... Sedih. Kali ni terlepas peluang..... Hukhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...