13 Dec 2012

Rancang untuk merancang

Sejujurnya aku dengan husband ada merancang nak "tunggu" dulu sebelum nak jadi parents. Aku dah bagitahu dia awal-awal, aku nak pergi kursus enam bulan tu dulu, settle-kan yang tu dulu lepas tu baru fikir untuk having a baby. Dia pun OK. Bab kerjaya dia memang bagi full support. Kalau tidak, takkanlah dari dulu beliau setia hantar aku pergi exam and interview bagai.

So, hiduplah kami sebagai sepasang suami isteri (apakah? kah kah kah) yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) selama 2 bulan before aku dapat pindah sini. Aku kat KL. Dia kat JB. Hujung minggu baru dapat bersua muka. Tapi sepanjang tempoh 2 bulan PJJ tu, dalam bulan pertama aku rasa kami memang banyak berkepit daripada berjauhan :P. Seminggu lepas majlis kat rumah aku, kami terus pergi honeymoon (oh belum cerita pasal ini lagi). Then, seminggu lepas tu majlis belah lelaki pulak. Bulan 6 tu memang aku banyak cuti je. Rongak punch card. HEH.

I didn't expect I'm pregnant. Aku takde rasa apa-apa kelainan and/or perubahan diri. Eh, ke mungkin aku yang tak sedar? Ha ha. Angin mood aku kejap-kejap rasa nak marah tu biasa, sebab memang jenis baran kaedahnya kah kah kah. Tapi serius macam takde apa yang beza. Check period cycle, dah lambat for almost a week. Aku masih tak rasa aku pregnant sebab simptom nak period tu dah ada iaitu cik B aku rasa bengkak. So, tunggu lagi sampailah dah lewat 2 minggu, masih tak datang-datang jugak. Kawan-kawan kat twitter dah sibuk suruh beli pregnancy stick. Ramai yang speku aku bunting pelamin. So, ke farmasilah aku beli the stick.

Khamis, 15 Syaaban. Bangun pagi macam biasa nak pergi kerja, amik test. Nak tunggu seminit untuk tahu result tu berdebarnya ya Allah. Mengalahkan debar masa interview nak kawen.Keluar result 2 jalur. POSITIVE.


"Habislah tak dapat pergi kursus 6 bulan!". That was my 1st impression. Lepas tu istighfar banyak-banyak, inikan rezeki Allah bagi and I should say Alhamdulillah instead of fikir bukan-bukan. It was totally unexpected. Yelah kata plan kan? Konon nak plan, tapi bijak sangat tak pakai protection. Oppss! Aku snap gambar kit yang dah ada result positive tu kat husband. Half an hour later dia call dengan suara bangun tidur tanya 2 jalur tu apa maknanya? Pregnant ke tak? And I still remember suara dia yang macam tak percaya aku pregnant bila aku bagitahu result tu positive. Lepas tu sama-sama senyap kat telefon. Both speechless kot. Ha ha ha. Well, it took me few days jugak nak bagi percaya yang I'm actually pregnant.

Yeah, that's the story of our "merancang". Rancangan ke laut :P

Aku rancang untuk merancang, tapi rancangan Allah ta'ala itu lebih indah pastinya.

4 comments:

Umie Aisya said...

haha.kita hanya mampu merancang.dh rezeki u nk dpt anak cpt.i just ingt husband i nanges bila tau i pregnant.lain x ingt dh.ahaha

Nor Azura Mohamad said...

yup..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..
jaga diri, jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga solat, jaga segala2nya lah!..

AJ Nismihan said...

now onwards set your mind back and get the best mind setting. Lets welcoming the baby and show to him/her that he/she is really being wanted.

grammar aku gempak kan?

*senyum*

Allah know the best; dan pastinya ini yang terbaik untuk kamu detik ini.

fikir satu, ini lebih baik dari kamu tahu hanya waktu seminggu dua di kursus nanti kan?

so, let enjoy the pregnancy and prepare for all possibility.


the rest, let HIM decide for you.

kan?

*senyum*

Yantie Azan said...

Happy for u..;)
Jaga diri kesihatan baik2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...