27 Dec 2012

Resepi: Super Moist Chocolate Cake

Lamaaaaaaaa gila kot tak baking. Cuti Hari Natal hari tu aku telah merajinkan diri baking. Gian, plus kebetulan hari jadi SIL. So, adalah reason kukuh untuk buat sebijik kek. Resepi ASAL aku ambil dari sini, tapi aku alter. Result? Alhamdulillah menjadi. Super moist, melekat kat langit-langit bila masuk mulut. Haha. Tak manis sangat, just nice macam yang aku suka.

Ohh, BTW kek ni jadi super moist sebab aku steam, bukan bakar.

Resepi yang aku dah alter adalah seperti berikut:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor (gula halus pun boleh)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 3 biji telur
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu + 1 sudu besar lemon juice)
  • 1 cawan butter yang dicairkan (aku guna SCS unsalted)
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp garam
  • 1 cawan air suam + 1 sudu kecil nescafe

Note: 1 cawan bersamaan dengan 250ml. Gula dan tepung pun aku taram amount yang sama.

How to?

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda & garam
  2. Pukul gula + telur (masukkan 1-1)
  3. Masukkan bahan kering (yang telah diayak) dan bahan-bahan lain. Kacau guna spatula je.
  4. Steam (kukus) selama 60 minit or bergantung kepada size loyang. Kalau loyang kecil, kek jadi tebal makan masa lebih lama. Aku guna loyang size 10" x 10", 60 minit dah cukup. Tutup atas kek dengan aluminium foil.


Chocolate ganache recipe:

  • 150 ml whipping cream
  • 300 gm chocolate (aku guna Beryl's button dark chocolate)
  • 2 sudu besar butter

How to?

  1. Panaskan whipping cream guna double boil method. 1-2 minit.
  2. Masukkan coklat dan kacau sampai cair.
  3. Matikan api dan masukkan butter.
  4. Biarkan sejuk sekejap dan tuang atas kek. Boleh tabur chocolate rice kalau suka.



Aku makan dengan vanilla ice cream. Sedap macam makan lava cake kat Tony Roma's :p

4 comments:

oshinz said...

pergh.. sedap kot!! kena bookmark page ni. nanti bebila nak try buat. kalau RAJIN. kihkihkih..

cikTari said...

perghh! memang terserlah ke'moist'an dia.
****matilah merosakkan bahasa

aZr|n said...

Telan ailio sebab tak pandai baking :(

cc said...

oshinz,
silalah try. time tak rajin pun boleh sebab prep time sekejap je :D


ciktari,
lol! do try it babe, tak rugi. senang dan sedap hehehe


azrin,
uolssss, senang gila buat kek ni. tak pakai mixer pun takpe. godak semua pakai spatula je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...