22 Jan 2013

Breast pump, feeding bottles dan rakan-rakan seangkatan mereka

Rasanya baru je menulis pasal wedding preparations. Belum habis review sepenuhnya tentang wedding (takdak review pasal majlis tandang, malas boleh?), dah tulis pasal persiapan nak menyambut orang baru pulak. Sorry la untuk B2B followers yang mengharapkan blog entry tentang wedding, tapi yang asyik keluar pasal anak sajork. Fokus mak dah beralih kepada benda lain uols...

Ada kawan pernah cakap, kalau nak exclusively breastfeed anak kena berkorban duit lebih. YA. Tools untuk buat EBM dan storage untuk EBM doesn't come cheap. Makan ratus-ratus jugak, malah ada juga yang cecah ribu. Contohnya macam Medela Freestyle. Retail price di Malaysia 1.8k (tengok di expo tempoh hari) dan mungkin lebih mahal di authorized dealer? Online blog shop/website paling murah boleh dapat 1.5k. Selain tu, kesabaran dan keazaman wajiblah tinggi menggunung. Aku adalah produk tenusu ibu, maka aku ingin jadikan ia sebagai legacy ke anak pulak :P



8/10 kawan yang aku tanya, jawab Medela FS adalah breast pump terbaik. Obviously, 1 of the reasons adalah sebab ia double pump dan auto. Kalau dah nama double pump, otometik pulak tu haruslah harganya pun 'terbaik' jugak. Takpelah berkorban sikit untuk anak. 



Selain Medela Freestyle, aku standby jugak manual pump untuk permulaan/awal-awal bersalin nanti. Just in case susu susah keluar ke apa, bolehlah try pump nak bagi stimulate teks utk produce susu. Ini aku beli rm170 je kat Superkid Store (FB). Dapat kurang rm5 sebab takyah pos. Owner page ni colleague adik aku. Macam-macam ada kat page Superkid ni, try lah tengok.

Aku cakap kat husband, aku nak fully breastfeed anak dan sokongan beliau adalah sangat-sangat diperlukan. Lepas tu aku bagi la contoh yang berlaku kat kawan-kawan pasal bila orang lain dok sibuk kalau anak melalak maknanya tak kenyang, kena bagi susu formula, etc. Nanti aku nak tunjuk kat dia video pasal baby language. Menangis tak semestinya lapar. Banyak lagi sebab.



Aku belasah je beli full set Tommee Tippee ni dengan harapan yang menggunung anak akan reti hisap susu thru TT punya teat. Janganlah anak tak reti guna, apa aku nak buat dengan botol yang selambak tu? Hiasan rumah? Puas hati beli set ni sebab complete ada sterilizer, warmer, single warmer, insulated bags, etc. Masa kat expo yang aku pergi hari tu, 1 set macam ni rm750. Wajiblah aku TAK BELI sebab mahal melampau kot. Buat apa belanjat lebih while you can get lower price online? Khennn?

Sterilizer dengan insulated bag aku dah rasmikan untuk kegunaan Essandra. Senang gila kerja-kerja men-sterile botol Essandra guna sterilizer TT ni. Jimat masa. Memang FTW lah!


EBM bottles and storage bags aku beli brand Autumnz. No particular reason sebabnya beli time jalan ke Jusco Bkt. Indah (nama kedai The Baby Shop), then nampak 2 benda ni aku terus beli. 2 minggu lepas pergi Fabulous Mom, ada brand lain eg: Trainee dengan Bean tapi macam mahal je so aku tak beli. Haha dasar cheapskate. Plus, aku ada membership kat The Baby Shop tu, so normal price items dapat diskaun.


Drying rack brand Trainee ni murah je rm29.90, beli yang murah je sebab aku rasa nanti bila botol EBM dah banyak digunakan I need bigger rack. So, yang ni buat ada-ada dan macam biasalah sekarang ni yang merasmikan adalah botol-botol si Essandra. Drying rack ni aku beli kat FM. Hari tu hampir-hampir nak beli The First Year punya drying rack kat Jusco, rm69.90 huiii jauh beza. Konsep aku dari buat preparation kahwin sampai ke preparation nak beranak sama je, penjimatan. Lol!

Kat JB ni tak banyak sangat baby shop, tapi yang ada tu OK jugak sebab carry banyak benda. So, tak susah nak mencari barang yang diperlukan. Kena rajin survey kat mana dan apa yang nak dibeli. Kalau dah tak ada sangat benda yang aku cari tu, barulah beli online. Beli online ni kalau harga termasuk kos lebih murah takpe, memang wajar dibeli. If not, baik beli kat kedai je.

So far barang baby semua dah settle rasanya. Barang maknya je yang perlu di top-up sebab ada few things yang tak cukup lagi. Few more weeks to go. Bila dah prepare sikit-sikit hospital bag, barulah rasa real memang dah dekat betul nak bersalin. Haha.

3 comments:

Yantie Azan said...

seronok tengok org buat preparation..;) semoga berjaya dengan misi penyusuan susu ibu!

Yantie Azan said...

seronok tengok org buat preparation..;) semoga berjaya dengan misi penyusuan susu ibu!

hana.basri said...

sis, saya slalu beli brg autumnz kat http://www.facebook.com/mommykembar sbb harga dia jauh lagi murah dr kebanyakan page :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...