18 Jan 2013

Kawan adalah cermin diri sendiri

Setuju atau tidak dengan tajuk? Aku setuju especially kalau manusia tu jenis yang senang sangat nak terpengaruh. Tak pun, somehow mesti akan terikut-ikut jugak perangai atau habit orang yang selalu sangat kita dampingi.


Contoh paling mudah, kalau kawan-kawan sekeliling jenis tak tinggal solat. InsyaAllah, amalan tu akan jadi ikutan. Kalau keluar tawaf shopping mall sekalipun, boleh break sekejap cari musolah untuk tunaikan kewajipan. Kalau kau jenis yang ponteng solat, kawan pulak tidak percayalah lambat-laun mesti kau akan ikut perangai kawan tu. Mintak-mintaklah ikut yang baik, jangan sebaliknya pulak. Pertama, kalau dia solat kau tak solat, mesti kau segan. Sekali-sekala keluar, bolehlah bagi alasan uzur. Kalau dah tiap-tiap minggu uzur, nampak sangatlah membongaknya kan? ;)

Kawan tu lambat-laun, pasti juga akan tanya "Eh kau uzur lagi ke?"

Ya, manusia tend to lebih malu pada manusia lain berbanding dengan Dia. Contoh ini tak payah jauh. Aku bercakap tujukan kat diri sendiri. Culas solat dan selalu lambat-lambatkan, padahal dah tahu malas dan melambat-lambatkan solat tu berdosa. Apatah lagi kalau tinggalkan. Dosa besar. Masih jugak buat kadang-kadang. Malu dengan Allah sebab setiap kali doa, mintak macam-macam kat Dia tapi at the same time payah nak datang bila dah diseru. Masih, Allah tak tarik nikmat yang Dia bagi. Dia beri, beri dan terus beri walaupun aku selalu terlupa nak berterima kasih dengan pemberian-Nya.

Setuju kan bila aku kata manusia lebih mudah merasa malu pada manusia lain, berbanding malu dengan Allah? Banyak lagi contoh lain yang banyak jugak berlaku di sekeliling kita, antara kita sedar ataupun tidak. Malu dengan cikgu sekolah agama anak, maka datang hantar anak masuk sekolah sarung tudung. Masuk je dalam kereta, zuppp cabut tudung. Malu dengan ustazah, takut ustazah pandang serong. Heh. Ini banyak aku nampak sebab rumah kat kampung sebelah sekolah . Biasa sangat dah dengan situasi macam tu.

Bertambah-tambah pulak sekarang ni fesyen turban tengah in. Yang dulu bertudung elok tutup dada, disebabkan fesyen lupa kata leher tu aurat juga. Maka disebabkan nak berfesyen dengan turban, leher pun dah tak kira tayang saja. Apa aku tahu tentang fesyen? Tak layak nak bercakap pasal fesyen sebab aku reti sarung tudung express dan bawal saja. Kesian, tapi tak apa janji tutup aurat. Tambah lagi, azam baru nak pakai tudung tutup dada. Selagi dada tak ditutup, selagi itulah tak sempurna. Gitu jugak dengan baju. Kalau dah aku nak berhijrah tudung tutup dada, baju pulak ketat macam sarung nangka. Apa kejadahnya?

Eh macam dah terlari topik?

Lagi contoh lain. Berkawanlah dengan manusia yang fikirannya positif. Nescaya akan jadi positiflah fikiran sendiri. Jangan sedut banyak sangat aura negatif, tak elok untuk hati dan fikiran. Kalau ada kawan terdekat yang tak berapa nak positif, tak apa. Boleh je teruskan berkawan tapi choose to be ignorance. Ignorance is a bliss, pernah seorang kawan berkata itu pada aku tak lama dulu. Very true indeed. Kesannya? Hidup menjadi lebih happy (happy manusia berbeza takfirnya BTW).



Bercakap pasal kawan, aku terlalu rindukan teman-teman. Lepas kahwin dan sehingga hampir nak melahirkan ni, jarang sangat aku dapat jumpa mereka yang berkenaan. Masing-masing sibuk dengan kehidupan harian. Path pun lain-lain. Adoihhh, rindunya zaman belajar. Memang tak pernah lupa, cuma jarang bertanya khabar.

Kawan ibarat cermin dan minyak wangi. Cermin adalah pantulan diri sendiri. Minyak wangi, tak semuanya wangi. Sebab tu kena pandai pilih. Salah pilih, bau tak 'masuk' dengan diri ;)

(images source: google)

P/S: Friends don't talk s*** behind your back. If they do, it's where they belong. Behind you.

P/S/S: Just a random mumbling. Like always.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...